awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ

Astro Arena
Astro Arena
06/11/2024
21:40 MYT
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Foto Astro ARENA
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) III menewaskan Selangor 2-1 dalam perlawanan final pertama Piala Presiden 2024 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, malam tadi.
Danish Syamer Tajuddin terlebih dahulu membuka jaringan buat pasukan pelawat selepas pemain The Red Giants gagal mengeluarkan bola hasil lontaran ke dalam pemain Harimau Selatan untuk meletakkan JDT mendahului 1-0 pada minit ke-27.
Ketika kedua-dua pasukan hampir memasuki bilik persalinan, Abdul Raziq Abd Rahman membuktikan kredibilitinya selaku penjaring terbanyak kejohanan bagi melengkapkan jaringan ke-14 peribadi untuk menggandakan jaringan 2-0 dalam babak pertama.
Beberapa siri serangan anak buah Muhammad Firdaus Aziz akhirnya membuahkan hasil selepas rembatan Harry Danish Haizon pada minit ke-81 memastikan pasukan dari Lembah Klang itu merapatkan jurang 1-2.
Kedudukan kekal hingga wisel penamat dengan kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Topic Berkaitan
#Piala Presiden 2024
#JDT III
#Selangor
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan