KUALA LUMPUR: Kejuaraan Piala Sumbangsih sekali lagi menjadi milik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas Kedah Darul Aman FC tewas dengan jaringan 2-0 pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Ramalan kemenangan itu bertukar kenyataan selepas jaringan Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-35 dan hasil rembatan luar kotak penalti Natxo Insa pada minit ke-68 kembali menghangatkan arena bola sepak tanah air.

Ia sekali gus menjanjikan kejuaraan Sumbangsih empat tahun berturut-turut skuad itu selepas menjadi juara bertahan sejak perlawanan musim 2018.

Sumbangan tiga mata pertama pasukan JDT itu juga merupakan rekod keenam skuad Hariamau Selatan itu menjuarai Piala Sumbangsih.

Menurut statistik perlawanan yang berlangsung 90 minit itu, JDT melakukan tiga percubaan dan aksi kedua-dua pasukan itu dikuasai 70 peratus. 

Tahun lalu, Kedah turut ditewaskan JDT dengan jaringan 1-0.