awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sumbangsih: JDT mulakan kempen dengan gah

Astro Arena
Astro Arena
03/02/2018
15:38 MYT
Piala Sumbangsih: JDT mulakan kempen dengan gah
Pemain JDT Gonzalo Gabriel Cabrera (dua, kanan) diasak dua pemain Kedah Badrol Bakhtiar dan Muhd Ariff Farhan Md Isa pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin malam ini. - Foto BERNAMA
Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala Sumbangsih bagi musim 2018, sekali gus meraih tiga mata pertama Liga Super selepas menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Selepas melakar kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu, JDT membuka saingan musim ini dengan kemenangan pertama di laman sendiri.
Kedah, yang merupakan pemenang piala ini pada musim lalu, bermula dengan langkah kanan apabila membuka jaringan menerusi Pablo Palares.
Ketinggalan satu gol tidak menggugat prestasi JDT yang terus mengasak dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Luciano Figueroa -- pemain veteran itu kembali dalam skuad utama The Southern Tigers selepas bersara pada 2016.
Gandingan pertahanan, Corbin Ong, yang melakukan hantaran silang untuk ditanduk masuk oleh Marcos Antonio memberikan kemenangan buat skuad kendalian Ulisses Morais itu pada babak kedua perlawanan.
Kemenangan ini sekali gus memberikan tiga mata buat JDT bagi saingan Liga Super.
Sementara itu, saingan di Stadium Hang Jebat menyaksikan Melaka mencipta kemenangan sulung 2-1 ke atas Kelantan.
Kelantan hanya memerlukan dua minit untuk menghasilkan jaringan selepas sepakan percuma Do Dong Hyun disempurnakan oleh pemain import, Bruno Lopes.
Walaupun ketinggalan, tuan rumah tenang untuk kembali menyusun gerakan dan hasilnya mereka berjaya mengikat kedudukan menerusi jaringan Yahor Zubovich.
Tuah memihak Melaka apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan, Amirridzwan Taj Tajuddin, menjatuhkan S. Chanturu dan Jeon Woo-young memastikan Melaka mendahului perlawanan 2-1 hingga tamat separuh masa.
Kedua-dua pasukan terus mengasak selepas perlawanan bersambung tetapi tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan.
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor Darul Ta'zim
#Kedah
#Liga Super
#Piala Malaysia
#Piala Sumbangsih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan