KUALA LUMPUR: Juara bertahan Piala Tun Abdul Razak Perak berjaya mempertahan gelarannya dalam kategori lelaki selepas menewaskan Pahang 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini malam ini.
Kemenangan malam ini di hadapan kira-kira 1,000 penonton memastikan Perak muncul sebagai pasukan kedua paling berjaya pada kejohanan itu apabila merangkul 11 kejuaraan di belakang Kuala Lumpur (16 kejuaraan) dan mengatasi Selangor yang merupakan juara 10 kali.
Pada perlawanan yang sengit itu, Perak mendahului menerusi jaringan Muhammad Akram Hakkam Jamaluddin pada minit kelima.
Bagaimanapun, Pahang menyamai kedudukan apabila penjaga gawang Perak Mohamad Fahmi Azahar Ruddin gagal menghentikan pukulan tinggi melepasi kepala Ismail Abu pada minit ke-37.
Saiful Shahril Saiful Bahri kembali meletakkan Perak di hadapan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-44 .
"Saya memberi kredit kepada para pemain yang bermain bersungguh-sungguh dan mengikut perancangan pada malam ini untuk mempertahan kejuaraan. Kita memang tidak mahu membawa perlawanan sehingga penentuan pukulan penalti walaupun dah bersedia dari awal.
"Walaupun membariskan ramai pemain muda, kita dah buktikan bahawa masih memiliki bakat untuk pertahankan gelaran," kata Jurulatih Perak Abdul Sukur Adam kepada pemberita selepas perlawanan.
Terdahulu, juara empat kali Melaka mengesahkan kedudukan di tangga ketiga selepas menewaskan Terengganu 3-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Juara membawa pulang pingat, trofi dan wang hadiah sebanyak RM30,000 manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing menerima RM20,000 dan RM10,000.
Sementara itu, Kuala Lumpur (KL) mengungguli kategori wanita selepas menewaskan juara bertahan Pahang 1-0 di venue sama sebelum itu.
Kebuntuan kedua-dua pasukan mencari gol sehingga suku terakhir perlawanan berakhir selepas Nur Syaza Afiqah Safawi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-53 sekali gus membantu KL menjulang kejuaraan kedua sejak kategori diperkenal pada 2016.
"Sebenarnya kelebihan ada pada kedua-dua pasukan, benteng pertahanan Pahang juga sangat kebal. Banyak peluang kita dan 11 pukulan sudut penalti tidak dapat disempurnakan oleh kita tetapi akhirnya anak buah saya berjaya menjaringkan gol selepas menggunakan peluang yang terhidang dengan baik," kata jurulatih KL A. Kannagi.
Sementara itu, Pulau Pinang mengatasi Melaka 2-1 untuk mengesahkan kedudukan di tempat ketiga bagi kategori sama.
Juara membawa pulang pingat, trofi dan RM15,000 manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing menerima RM10,000 dan RM5,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 21 2021
Juara bertahan Piala Tun Abdul Razak Perak berjaya mempertahan gelarannya dalam kategori lelaki selepas menewaskan Pahang 2-1 pada perlawanan akhir, malam ini. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Perak lakar hatrik Piala Tun Abdul Razak
Perak merangkul 12 kejuaraan di belakang Kuala Lumpur (16 kejuaraan) dan mengatasi Selangor yang merupakan juara 10 kali.
Piala Tun Abdul Razak: Perak pertahan kejuaraan, KL ungguli kategori wanita
Juara bertahan Piala Tun Abdul Razak Perak berjaya mempertahan gelarannya dalam kategori lelaki selepas menewaskan Pahang 2-1 pada perlawanan akhir, malam ini.
Piala Tun Abdul Razak: Terengganu tempah tiket ke suku akhir
Faizal Saari muncul wira pasukan Terengganu selepas menjaringkan empat gol sekali gus meletakkan skuad kendalian jurulatih Tai Beng Hai pada kedudukan teratas kumpulan C.
Perak, Terengganu kekalkan rekod tanpa kalah Piala Tun Abdul Razak
Perak yang diperkuatkan dengan beberapa pemain kebangsaan, bagaimanapun terpaksa bergelut sebelum menewaskan Kuala Lumpur 3-2.