PASUKAN China mengesahkan Piala Uber milik mereka selepas menewaskan Korea Selatan 3-1 dalam aksi final di Pusat Sukan Kunshan sebentar tadi.

Beregu kedua China yang diwakili Chen Qingchen dan Tang Yuanting membawa kemenangan itu dengan menundukkan lawan mereka, Chang Ye Na dan Lee So Hee, 21-14, 21-15.

Terdahulu, Li Xuerui memulakan rentak kemenangan China dengan menghadiahkan mata pertama China.

Begitupun, bergu pertama mereka, Tian Qing dan Zhao Yunlei tewas kepada pasangan Korea Selatan pada perlawanan kedua.

Perseorangan kedua China, Wang Shixian kembali memberi motivasi kepada pasukan apabila berjaya menewaskan Kim Hyo-min 21-13, 21-12.

Korea Selatan yang menjuarai edisi 2010 di Kuala Lumpur sebelum ini tumbang 1-3 kepada China.
China yang merupakan juara 13 kali sebelum ini menambah rekod kejuaraan mereka dalam kejohanan kali ini.