Perlawanan bola sepak persahabatan antara Harimau Malaya dan Barcelona yang sebelum ini dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ditukar ke Stadium Shah Alam.

Pertukaran lokasi perlawanan dilakukan di saat akhir bagi memenuhi permintaan pasukan pelawat.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia Ahmad Halmi Harun berkata pihaknya sudah mengambil tindakan untuk memperbaiki sebaik mungkin keadaan padang dua bulan lepas.

Tambah beliau juga, pihak Barcelona FC berkemungkinan sudah membuat perbandingan diantara Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam kerana pasukan berkenaan pernah membuat latihan di kedua-dua stadium.

Klik video untuk berita penuh.