awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM sedia terima saranan ibu bapa isu kerahsiaan - Fadhlina
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Selangor juara TSSC 2025, tewaskan Pilihan Singapura 2-1

Bernama
Bernama
27/09/2025
21:45 MYT
Pilihan Selangor juara TSSC 2025, tewaskan Pilihan Singapura 2-1
Pasukan pilihan Selangor menjadi Juara Piala Sultan Selangor 2025 selepas menewaskan pasukan pilihan Singapura pada perlawanan Piala Sultan Selangor 2025. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pilihan Selangor menjulang kejuaraan Piala Sultan Selangor (TSSC) bagi kali keempat berturut-turut selepas mengecewakan pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka di sini malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Gergasi Merah melebarkan rekod kejuaraan ke-12 sejak kali pertama TSSC dianjurkan pada 2001.
Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan perlawanan seimbang dan saling berbalas serangan.
Gol Selangor akhirnya tiba pada minit ke-20 berpunca daripada hantaran menarik Mohamad Faisal Abdul Halim daripada sudut tepi yang berjaya disempurnakan Harry Danish, sekali gus menewaskan penjaga gol lawan Hassan Abdullah Sunny.
Selangor terus melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan, namun Singapura berjaya mengekang usaha anak buah Christophe Gamel sebelum mengikat kedudukan menerusi Takumi Yokohata pada minit ke-40.
Memasuki separuh masa kedua, Singapura dilihat lebih agresif mengatur gerak namun segala serangan berjaya dipatahkan pertahanan Selangor.
Selangor akhirnya menambah jaringan menerusi pemain gantian Chrigor Moraes yang menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan, sekali gus mengesahkan kejuaraan buat Gergasi Merah.
Sementara itu, pasukan veteran Selangor kempunan untuk mempertahankan kejuaraan itu selepas tewas kepada Singapura 4-3 pada aksi penentuan sepak penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan perlawanan itu serta menyampaikan trofi kepada pemenang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TSSC
#Selangor
#Singapura
#Gergasi Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan