Pemain Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi membuat keputusan mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas memutuskan meninggalkan pasukan itu, walaupun baru sebulan kembali menyertai pasukan itu, pada saingan Liga Premier musim ini.
Mohd Badhri atau Piya berkata beliau terlebih awal 'angkat kaki' susulan persatuan itu mahu mengkaji semula kedudukannya bersama pasukan Kelantan.
"Sebelum apa-apa keputusan terjadi, lebih baik saya mengambil keputusan mengundurkan diri.
"Lagipun kepulangan semula ke pangkuan TRW dibuat selepas mendapat tawaran dari Ahmad Fazli Mohammad (MyInspiration Sdn. Bhd)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan dipetik sebagai berkata persatuan itu akan meneliti semula mana-mana kontrak pemain yang gaji mereka dibayar oleh KRW Sdn Bhd, dengan jaminan kerjasama My Inspiration Sdn. Bhd baru-baru ini.
Antara individu yang dibawa masuk menerusi jalinan kerjasama itu ialah Marko Kraljevic (jurulatih), Raul Tarragona, Piya dan beberapa lagi.
Piya berkata kedua-dua individu tersebutlah yang bertanggungjawab membawa dia pulang selepas penyertaan Perlis dalam saingan Liga Premier dibatalkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
"Surat penghijrahan keluar dari TRW itu sudah diserahkan kepada KAFA pada pukul 3.15 petang tadi (hari ini)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2019
Mohd Badhri atau Piya berkata kepulangan semula ke pangkuan TRW dibuat selepas mendapat tawaran dari Ahmad Fazli Mohammad. --fotoBERNAMA/Fail
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC angkat kaki tidak benar - Kim Swee
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC yang bakal meninggalkan skuad berkenaan adalah tidak benar, kata Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee.
Piya angkat kaki awal sebelum keputusan KAFA
Mohd Badhri atau Piya berkata beliau terlebih awal 'angkat kaki' susulan persatuan itu mahu mengkaji semula kedudukannya bersama pasukan Kelantan.