awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PJ City waspada sentuhan pelik Amri Yahyah

Astro Arena
Astro Arena
20/07/2021
23:57 MYT
PJ City waspada sentuhan pelik Amri Yahyah
Bagi Maniam, kemampuan pemain berpengalaman seperti Amri (gambar) mampu meletakkan barisan pertahanannya dalam bahaya. - Foto Astro ARENA
JURULATIH Petaling Jaya (PJ) City, P Maniam, menyuarakan kegusaran tentang kemampuan Sabah menerusi kelibat Amri Yahyah dan Saddil Ramdani yang mampu membuat pasukannya berada dalam keadaan sukar.
Maniam lebih selesa sekiranya PJ City dianggap sebagai kelab 'underdog' dalam pertembungan Liga Super di Kelana Jaya, Sabtu ini, sungguhpun aksi pusingan pertama menyaksikan kemenangan memihak kepada pasukannya.
Baginya, kemampuan pemain berpengalaman seperti Amri mampu meletakkan barisan pertahanannya dalam bahaya, apatah lagi gandingannya di samping pemain import dari Indonesia, Saddil, yang tampak semakin serasi.
"Sabah mempunyai pemain asing dan Amri Yahyah. Amri masih salah seorang pemain terbaik dengan keputusan yang dibuatnya (di atas padang) boleh jadi pelik kepada pertahanan kami," katanya dalam Nadi Arena malam tadi.
Jurulatih yang mencecah usia 53 tahun tersebut juga tidak meragui kemampuan pemain tempatannya malah turut memiliki pilihan lain untuk mengemudi jentera serangan.
Sekalipun hasrat The Phoenix untuk mencari penyerang sejati gagal dimuktamadkan dalam jendela perpindahan kedua, Maniam sedia mempertaruhkan Mahali Jasuli sebagai watak utama di jentera serangan sambil menegaskan perubahan mungkin berlaku memandangkan Darren Lok kembali cergas.
"Tetapi saya begitu yakin dengan pemain yang saya ada. Bola sepak bukan tentang individu, ia secara kolektif.
"Kita boleh lihat perkara positif di PJ City. Kami menyerang dan bertahan sebagai satu pasukan."
Topic Berkaitan
#sentuhan pelik
#bola sepak
#jurulatih
#Amri Yahyah
#Saddil Ramdani
#p maniam
#PJ City
#Sabah
#Liga Super
#Mahali Jasuli
#underdog
#pemain import
#pemain berpengalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan