PM beri kata semangat kepada Harimau Malaya

Bernama
Jun 8, 2022 13:34 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi kata-kata semangat kepada skuad Harimau Malaya yang menentang pasukan Turkmenistan dalam pusingan kelayakan Piala Asia malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi kata-kata semangat kepada skuad Harimau Malaya yang menentang pasukan Turkmenistan dalam pusingan kelayakan Piala Asia malam ini.
Beliau menerusi catatan di Facebook malam ini berkata : "Semoga berjaya! Kepada semua pemain, sematkan tekad dan semangat untuk mengharumkan nama negara. Saya doakan agar kemenangan berada di pihak kita".
Menerusi catatan sama, Ismail Sabri turut mengajak seluruh Keluarga Malaysia bersama-sama bersatu menyokong skuad kebangsaan itu.
BACA: 'Harimau' dari Melaka turun Bukit Jalil demi Malaysia
Perlawanan Harimau Malaya menentang Turkmenistan malam ini adalah perlawanan sulung kempen Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #harimau Malaya #kata semangat #skuad kebangsaan #bola sepak #kelayakan piala Asia #Turkmenistan