awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Harimau' dari Melaka turun Bukit Jalil demi Malaysia

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
08/06/2022
10:48 MYT
'Harimau' dari Melaka turun Bukit Jalil demi Malaysia
Batiar Mamat dan keluarga, dari Melaka, hadir ke stadium seawal jam 5.30 petang dan menariknya, anaknya turut membawa replika Harimau Malaya. - Foto Astro AWANI
BUKIT JALIL: Malam ini, pasukan bola sepak kebangsaan bakal bertemu Turkmenistan dalam perlawanan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Walaupun perlawanan bermula pada waktu malam, sejak jam 4.30 petang lagi, penyokong sudah mula hadir ke stadium bagi memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan.
Batiar Mamat dan keluarga, dari Melaka, turut sama hadir ke stadium seawal jam 5.30 petang dan menariknya, anaknya turut membawa replika Harimau Malaya.
"Kami dari Melaka. Kami sekeluarga memang penyokong tegar Harimau Malaya, memang kalau boleh setiap perlawanan kami akan datang.
"Malah, perlawanan skuad kebangsaan di Singapura pun kami pernah datang," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di luar stadium.
Selain penyokong, peniaga juga sibuk menjalankan perniagaan di luar stadium selepas lebih dua tahun mereka tidak dapat berbuat demikian.
Peniaga dikenali sebagai Onn berkata, dua tahun dia tidak berniaga di situ dan kali ini tidak melepaskan peluang untuk menjalankan perniagaan di luar stadium.
"Saya jual pelitup muka, mafla, bendera malah ada juga saya buat rekaan khas untuk perlawanan hari ini, harga pun istimewa," katanya yang ditemui di Pintu B stadium.
Skuad Harimau Malaya perlu menghadapi pasukan ke-89 dunia Bahrain dan Turkmenistan (134) bagi menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.
Malaysia yang kini menduduki tangga ke-154 dunia diundi dalam Kumpulan E, yang turut disertai Bangladesh (186).
Malaysia mempunyai sedikit kelebihan sebagai tuan rumah, akan memulakan kempen sesi kelayakan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil bertemu Turkmenistan pada 8 Jun 2022.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Malaysia
#harimau Malaya
#Turkmenistan
#harimau dari Melaka
#kelayakan piala Asia
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#skuad kebangsaan
#Batiar Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan