awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM luang masa bermain golf bersama pengamal media

Bernama
Bernama
16/02/2014
08:42 MYT
PM luang masa bermain golf bersama pengamal media
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa beriadah bersama pengamal media dalam acara Astro Media Golf 2014 di sini.
Beliau tiba kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum melakukan tee-off pada pukul 8.15 pagi di The Mines Resort and Golf Club.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Wakil Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaludin Jarjis, dan Pengerusi Astro Tun Zaki Tun Azmi.
Acara hari ini disertai lebih 70 pemain dari pelbagai organisasi media termasuk Media Prima, Redberry, Utusan Melayu dan The Star; serta kakitangan Astro selaku penganjur.
Selepas acara berlangsung kira-kira lima jam, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan bernilai RM200,000 kepada Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan dan Negeri yang dikumpul sempena acara itu.
Sebahagian wang sumbangan itu turut disampaikan kepada keluarga bekas pemain bola sepak negara, Wong Choon Wah yang meninggal dunia pada 31 Jan lepas.
Pada acara hari ini, Jamaludin muncul sebagai pemenang Medal A dengan 37 mata, manakala Pengarang The Star Metro Brian Martin membawa pulang Medal B dengan 33 mata.
Hadiah disampaikan oleh Ahmad Shabery.
Topic Berkaitan
#Astro Media Golf
#golf
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan