Penyandang juara dunia keirin 2017, Mohd Azizulhasni Awang terlepas peluang mencipta kejayaan di laman sendiri apabila hanya mampu meraih dalam acara itu pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di Velodrom Nasional, di sini hari ini.
Jaguh trek kebangsaan tersebut yang mencatat kepantasan 10.076 saat sewaktu pusingan separuh akhir, gagal menyaingi kayuhan cemerlangnya selepas ditinggalkan 0.084s di belakang pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata yang merakam 10.174s untuk meraih emas diikuti pelumba Korea Selatan, Chaebin IM.
Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan, Mohd Azizulhasni yang diberi jolokan 'The Pocket Rocketman' mengakui sedikit terkilan selepas gagal menghadiahkan kemenangan kepada rakyat Malaysia yang hadir menyokongnya.
"Agak sedih juga kerana setiap pelumba ingin memenangi setiap kejohanan besar yang disertai tetapi pada masa sama saya tetap gembira kerana berjaya menaiki podium. Satu perlumbaan yang amat sengit boleh saya katakan.
"Saya memang beri yang terbaik di setiap perlumbaan namun mungkin hari ini nasib tidak menyebelahi saya namun saya berjanji akan buat yang terbaik untuk tidak menghampakan penyokong pada acara pecut Isnin ini," katanya.
Pada masa sama, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu, itu berkata perlumbaan hari ini adalah sebahagian daripada strateginya menjelang Kejohanan Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2018 di Belanda yang akan bermula 28 Feb ini.
"Perlumbaan hari ini merupakan sebahagian daripada strategi di mana saya ingin mengelakkan daripada mencapai kemuncak prestasi terlalu awal sebelum ke Belanda," kata pemenang pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016.
Sebagai rekod, kali terakhir Mohd Azizulhasni memenangi pingat emas dalam acara keirin di pentas Asia adalah pada edisi 2015 di Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2018
Sebagai rekod, kali terakhir Mohd Azizulhasni memenangi pingat emas dalam acara keirin di pentas Asia adalah pada edisi 2015 di Thailand. - Foto Bernama
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.
Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.
Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.