awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pogba terlepas aksi bertemu City

Astro Arena
Astro Arena
03/12/2017
04:09 MYT
Pogba terlepas aksi bertemu City
Walaupun United akan membuat rayuan, Pogba (gambar) tetap akan terlepas aksi bertemu Manchester City, West Brom dan Bournemouth. - Gambar fail
PAUL Pogba bakal terlepas aksi derby Manchester selepas dibuang padang ketika beraksi untuk United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Arsenal, semalam.
United mendahului perlawanan 3-1 di Stadium Emirates, Pogba mempamerkan aksi cemerlang dengan menghasilkan dua bantuan jaringan -- gol pertama yang diledak oleh Antonio Valencia serta gol ketiga United yang disempurnakan oleh Jesse Lingard.
Pogba yang kehilangan bola sewaktu melancarkan serangan pada minit ke-74, menghulurkan kakinya hingga terpijak pertahanan lawan, Hector Bellerin.
Pengadil perlawanan, Andre Marriner mengambil keputusan untuk melayangkan kad merah, menyaksikan buat pertama kali Pogba dibuang padang dalam perlawanan EPL.
Pogba berdepan penggantungan tiga perlawanan - walaupun United akan membuat rayuan, pemain kebangsaan Perancis itu tetap akan terlepas aksi bertemu Manchester City, West Brom dan Bournemouth.
Pemain termahal United itu turut mungkin berdepan hukuman selanjutnya selepas menepuk tangan ke arah pengadil yang mengarahkannya keluar padang.
Kali terakhir Pogba dilayangkan kad merah adalah dalam perlawanan Serie A, ketika beraksi bersama Juventus bertemu Palermo, pada Mei 2013.
United berkemungkinan tanpa pemain tengah, Michael Carrick dan Marouane Fellaini pada 10 Disember dalam pertemuan bertemu City.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#buang padang
#digantung perlawanan
#kad merah
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Paul Pogba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan