Impian skuad hoki wanita Malaysia untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik tahun depan tidak kesampaian apabila kalah 1-0 kepada Poland pada separuh akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Stadium Nasional Major Dhyan Chand di sini, malam ini.
Rekod bersih Malaysia sepanjang kejohanan ini akhirnya tercalar apabila Marlena Rybacha menyempurnakan pukulan sudut penalti seawal minit ketiga, sekali gus Poland mempertahankan kedudukan sehingga tamat perlawanan.
Malaysia memulakan perlawanan dengan berhati-hati sehingga gagal mengatur gerakan kemas untuk mengekang kemaraan pasukan Poland.
Tersentak dengan gol pembukaan, skuad negara, bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, cuba membuka ruang dan peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi Poland memperkukuhkan benteng pertahanan.
Bagaimanapun, terdesak untuk tidak melepaskan peluang ke final, Malaysia bangkit dengan garang pada babak akhir perlawanan namun peluang terbaik Anis Nadia Onn yang berdepan dengan penjaga gol Poland gagal dimanfaatkan.
Mohd Nasihin berkata anak buahnya gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol.
Ketika ditanya mengenai rancangan seterusnya bagi pasukan, katanya beliau telahpun mengenal pasti beberapa pemain baharu dalam usaha untuk memantapkan semula pasukan.
"Sasaran seterusnya ialah Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini," katanya.
Poland akan menentang pasukan pilihan, India, pada final manakala Malaysia bertemu Thailand pada penentuan tempat ketiga, esok.
Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, India membenam Thailand 5-0.
Dua pasukan teratas dari pusingan ini akan mara ke pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Sepanyol, Jun ini.
Enam pasukan teratas pada pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia akan melangkah ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, bersama-sama dengan tuan rumah dan pasukan juara benua.
Bernama
Sun Mar 15 2015
Impian skuad hoki wanita Malaysia untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik tahun depan tidak kesampaian.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.