awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tidak pernah larang penyokong masuk stadium tonton perlawanan - Ketua Polis Perak

Bernama
Bernama
13/04/2022
21:30 MYT
Polis tidak pernah larang penyokong masuk stadium tonton perlawanan - Ketua Polis Perak
Mior Faridalathrash berkata para penyokong dibenarkan masuk ke dalam stadium selagi memiliki tiket yang sah. - Foto BERNAMA
IPOH: Polis tidak pernah mengeluarkan arahan melarang mana-mana penyokong bola sepak Perak untuk masuk ke dalam stadium bagi menonton perlawanan.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata para penyokong dibenarkan masuk ke dalam stadium selagi memiliki tiket yang sah.
"Kita (polis) mana boleh hendak menghalang (penyokong bola sepak) menonton perlawanan. Kita hanya mengadakan pemeriksaan memastikan mereka (penyokong) tidak membawa benda-benda yang tidak dibenarkan seperti senjata api.
"Kita juga tidak pernah melarang para penyokong membawa gendang semasa menonton perlawanan tetapi sekiranya pihak (pengurusan) stadium mengeluarkan arahan (larangan membawa gendang), kita akan larang bawa masuk," katanya.
Mior Faridalathrash bercakap kepada pemberita pada program pemantauan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan Program High Profile Policing Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini pada Rabu.
Beliau mengulas dakwaan segelintir penyokong bola sepak Perak FC kononnya pihak polis melarang penyokong The Bos Gaurus masuk ke dalam Stadium Perak semasa perlawanan Piala FA antara Perak FC dan Kijang Rangers FC pada 31 Mac lepas.
Sementara itu, mengulas mengenai pelanggaran pematuhan SOP di bazar Ramadan, beliau berkata sebanyak 115 kompaun dikeluarkan kepada individu yang didapati tidak mematuhi SOP.
Katanya, gagal mengimbas MySejahtera merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan iaitu 91 kes diikuti tidak memakai pelitup muka serta peniaga tidak menyediakan Kod QR MySejahtera.
"Pihak polis tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap mereka yang gagal dan cuai mematuhi SOP," katanya sambil menambah terdapat 106 bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Perak
#penyokong bola sepak
#stadium
#larangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan