Tiada tempat untuk jurulatih yang tidak mahu berubah serta mengikuti garis panduan sistem kejurulatihan seperti yang diperkenalkan dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata jurulatih era baru memerlukan sistem lebih teratur dan maklumat lebih saintifik untuk mengenal pasti kelebihan atau kelemahan pasukan yang dibimbing mereka.
"Jurulatih pada masa kini mesti berubah. Tugas mereka bukan sekadar atas padang. Memang jurulatih sekarang banyak tanggungjawab, perlu sediakan kertas kerja dan laporan, tetapi kalau untuk jurulatih 'old school', ini sesuatu yang mereka tidak suka.
"Sukan bola sepak sudah masuk era ke-21, ia lebih santifik daripada dahulu.
Jurulatih kini bukan hanya turun padang, jerit dekat budak-budak (pemain) sahaja. Mereka perlu berubah, jika tidak memang tiada tempat untuk mereka dalam PPBN," katanya pada ucaptama Seminar Penyelarasan PPBN 2015 di sini hari ini.
Menurut Khairy, jurulatih perlu keluar dari zon selesa dengan bersedia untuk menjalinkan kerjasama antara satu sama lain, berkongsi pengalaman, terbuka menerima pembaharuan serta lebih berinteraksi dengan pelajar dan ibu bapa.
Pada sidang media kemudian, Khairy mengakui cabaran utama dalam pelaksanaan PPBN adalah mencari jurulatih yang memahami falsafah baharu dalam sukan bola sepak.
Katanya memang terdapat jurulatih yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan baharu yang cuba diketengahkan.
Justeru, beliau meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menambah bilangan kursus serta mempercepat pentauliahan jurulatih khusus di peringkat A dan B ke arah melahirkan lebih ramai jurulatih muda yang faham pembaharuan yang hendak dibawa.
Beliau turut mengulas laporan media berkaitan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang yang dikatakan tidak diurus dengan baik.
Laporan yang disifatkan beliau sebagai tidak tepat itu turut menyentuh beberapa jurulatih yang menarik diri serta pelaksanaan PPBN yang didakwa gagal dilakukan.
Sambil menjelaskan akademi itu sebenarnya masih belum beroperasi, menteri itu menegaskan bahawa program PPBN berjalan lancar.
Berhubung masalah padang, Khairy berkata ia susulan masalah dengankontraktor dan usaha dibuat untuk mengatasinya.
Menurutnya, masalah yang dikaitkan dengan jurulatih tidak bermakna inisiatif PPBN bermasalah.
Bernama
Mon Jan 26 2015
Khairy mengakui cabaran utama dalam pelaksanaan PPBN adalah mencari jurulatih yang memahami falsafah baharu dalam sukan bola sepak. - Gambar Fail
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.