Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) menjelaskan badan itu tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang pencalonan atau pemilihan pucuk pimpinan sesebuah persatuan sukan kebangsaan, kata Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan (PJS), Asmadi Mohamad.
Beliau berkata individu yang tidak berpuas hati selepas pemilihan pucuk pimpinan persatuan, boleh membuat aduan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan masing-masing, dan jika tidak dilayan, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah.
"PJS tiada peruntukan di bawah Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 untuk membuat keputusan berhubung pemilihan. Seksyen 23 Akta menjelaskan semua pertikaian dalaman perlu diselesaikan mengikut prosedur dalaman.
"PJS biasanya menasihatkan badan sukan supaya ikut prosedur dalam perlembagaan mereka sendiri. Kami bukan penguat kuasa yang menguatkuasakan akta, kami lebih kepada badan yang mentadbir akta," katanya kepada dihubungi Bernama, pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pemilihan pada AGM Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) pada Sabtu lepas, yang ditangguh selepas badan induk itu mengambil kira kenyataan PPS, yang mengesahkan berlaku ketidakakuran dan pelanggaran peraturan dalam proses pencalonan.
Asmadi menjelaskan peranan PPS di bawah pentadbiran akta merangkumi pendaftaran, penggantungan, pembatalan dan pelesenan sesebuah persatuan sukan kebangsaan.
"Ramai orang awam tidak faham peranan kami menyebabkan kami dipersalahkan kerana tidak ambil tindakan. Jika kami salah ambil tindakan mereka boleh saman PJS. Sebab itu, kami amat berhati-hati dalam mengambil tindakan," katanya.
Untuk rekod, PPS pada 25 Jun lepas menerima aduan daripada Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) berhubung bantahan terhadap pencalonan pada mesyuarat agung tahunan MPM yang dijadual Sabtu lepas (29 Jun).
Namun, pemilihan MPM ditangguhkan selepas mesyuarat selama satu jam setengah apabila majoriti anggota gabungan MPM bersetuju untuk memilih satu tarikh baharu yang akan ditetapkan PJS.
Berhubung perkembangan terkini kemelut MPM itu, Asmadi mengesahkan PPS belum menerima sebarang permohonan tarikh baharu untuk melaksanakan AGM dan pemilihan baharu badan induk tersebut.
Mengikut perlembagaan, MPM akan menulis surat kepada PJS untuk mendapatkan tarikh baharu, sebelum memberi notis dalam tempoh 30 hari kepada anggota gabungan untuk hadir.
Ini bermakna, AGM hanya boleh dilangsungkan seawal-awalnya Ogos ini, bergantung kepada berapa cepat surat permohonan tarikh baharu itu diluluskan Pesuruhjaya Sukan.
Sementara itu, Setiausaha Agung MPM Siti Zaharah Abdul Khalid ketika dihubungi berkata badan induk itu perlu mengadakan mesyuarat exco bagi membincangkan tarikh baharu AGM untuk dikemukakan kepada PPS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2019
ASMADI: Jika kami salah ambil tindakan mereka boleh saman PJS. Sebab itu, kami amat berhati-hati dalam mengambil tindakan. - Gambar fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.
Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.