KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki India H.S Prannoy menamatkan penantian untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia pertamanya selepas menang dalam aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, hari ini.
Pemain berusia 30 tahun bagaimanapun terpaksa bermandi peluh dalam pertarungan 94 minit sebelum berjaya mengecewakan wakil China Weng Hong Yang 21-19, 13-21, 21-18.
Kemenangan hari ini menyaksikan Prannoy muncul pemain perseorangan lelaki India pertama memenangi gelaran Masters Malaysia.
Prannoy, yang merupakan sebahagian pemain dalam skuad India ketika menjuarai Piala Thomas 2022 tidak menyangka akan memenangi kejuaraan di Malaysia selepas melalui begitu banyak episod suram sebelum ini.
"Saya rasa seperti menaiki roller coaster sejak enam ke tujuh tahun lepas. Jujurnya, saya tak rasa akan menang kejuaraan tahun ini.
"Terima kasih kepada jurulatih saya yang sentiasa ada bersama dan memberikan keyakinan kerana sering kali saya tidak melepasi ke saingan separuh akhir," katanya kepada pemberita.
Pencapaian terbaik Prannoy adalah menjadi naib juara Terbuka Switzerland 2022 selepas tewas kepada Jonatan Christie dari Indonesia 21-12, 21-18.
Sementara itu, pilihan utama perseorangan wanita Akane Yamaguchi dari Jepun memerlukan 34 minit untuk muncul juara selepas mengecewakan bintang meningkat naik dari Indonesia Gregoria Mariska Tunjung 21-17, 21-7.
Yamaguchi gembira berjaya meraih gelaran kedua berturut-turut selepas memenangi Terbuka Malaysia 2023 pada Januari lepas dan teruja bermain di hadapan penonton yang semangat memberikan sokongan.
Beregu campuran Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai turut meraih kejuaraan Jelajah Dunia pertama tahun ini selepas mengecewakan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China 16-21, 21-13, 21-18.
Taerattanachai berkata kerja keras mereka ketika latihan membuahkan hasil apabila berjaya menaiki podium lagi selepas kali terakhir bergelar juara Terbuka Jepun 2022 pada Ogos tahun lepas.
"Sasaran kami seterusnya adalah memenangi Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark pada Ogos diikuti Sukan Asia di China, bulan berikutnya," katanya.
Prannoy dan Yamaguchi masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai US$31,500 dan piala manakala Puavaranukroh-Taerattanachai meraih US$33,180 berserta piala.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Pemain perseorangan India Prannoy H.S bergambar bersama trofi dan pingat selepas menang perlawanan menentang pemain China Weng Hong Yang pada perlawanan akhir kejohanan Perodua Malaysia Master 2023. - Foto BERNAMA

Belanjawan 2024 sedia ruang, peluang penting dalam usaha tangani isu perubahan iklim
Belanjawan Malaysia 2024 yang bakal dibentang membuka ruang dan menyediakan peluang penting bagi menangani isu perubahan iklim.

Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.

Prannoy raih gelaran sulung jelajah dunia
Pemain perseorangan lelaki India H.S Prannoy menamatkan penantian untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia pertamanya selepas menang dalam aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, hari ini.