awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden baharu Olimpik Tokyo utamakan isu sama rata jantina

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2021
23:42 MYT
Presiden baharu Olimpik Tokyo utamakan isu sama rata jantina
Seiko Hashimoto (kanan) bercakap kepada media pada satu sidang video bersama lembaga eksekutif IOC di Tokyo, 24 Feb, 2021. (Foto AP)
PRESIDEN baharu Sukan Olimpik Tokyo 2020 menekankan cita-cita beliau untuk mencipta kesan yang berpanjangan terhadap kesamarataan jantina di Jepun.
Seiko Hashimoto mula melapor diri kepada Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) secara rasmi pada Rabu, selepas dilantik mengetuai Olimpik Tokyo dan meletak jawatan sebagai Menteri Olimpik pada 18 Feb.
Beliau menggantikan Yoshiro Mori, bekas Perdana Menteri Jepun (April 2000 hingga April 2001) yang terpaksa mengundur diri sebagai Presiden Jawatankuasa Penganjur setelah membuat komen seksis mengenai wanita.
Hashimoto berkata, mempromosikan kesamarataan jantina adalah keutamaan di samping langkah berjaga-jaga COVID-19 dan mewujudkan 'Model Tokyo' yang dapat digunakan pada masa depan untuk menangani isu sukan yang ditunda.
"Saya ingin melihat penyertaan wanita di Lembaga Eksekutif Tokyo 2020 meningkat menjadi 40 peratus, dan saya akan segera membuat cadangan itu kepada anggota lembaga," katanya di Tokyo pada Rabu.
"Lihat sahaja kepada indeks jurang jantina. Kita berada di kedudukan ke-121. Ini adalah status yang sangat menyedihkan.
"Sehubungan itu, kami telah melancarkan inisiatif baru bertujuan mempunyai bilangan wanita yang lebih besar dalam kedudukan eksekutif di bidang politik dan di semua bidang termasuk perniagaan dan lain-lain organisasi," tambahnya.
Hashimoto, yang merupakan seorang bekas atlet, mengakui kedudukan Jepun yang rendah dalam indeks kesamarataan jantina Forum Ekonomi Dunia dan menekankan perlunya peningkatan penyertaan wanita dalam politik dan perniagaan.
Olimpik Tokyo dijadual untuk diteruskan, walaupun ada kebimbangan mengenai COVID-19 dan sokongan masyarakat yang kurang terhadap temasya itu.
Topic Berkaitan
#Olimpik Tokyo
#Olimpik
#COVID-19
#Tokyo
#Seiko Hashimoto
#sukan
#Jepun
#kesamarataan jantina
#ekonomi
#politik
#presiden
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan