awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele

Astro Arena
Astro Arena
03/01/2023
04:10 MYT
Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele
Infantino (kanan) bersama Pele ketika hayatnya. - Foto Astro ARENA
GIANNI Infantino menyarankan setiap negara supaya menamakan sebuah stadium bersempena nama Pele sebagai penghormatan kepada legenda Brazil itu.
Pele, yang merupakan satu-satunya pemain yang menggondol Piala Dunia sebanyak tiga kali meninggal dunia minggu lalu -- pada usia 82 tahun.
Brazil memasuki tempoh berkabung kebangsaan selepas kematian Pele.
Keranda Pele diletakkan di bulatan tengah di Stadium Urbano Caldeira di Sao Paulo, yang merupakan pangkalan bekas kelabnya, Santos, dan presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Infantino turut hadir dalam acara itu yang diadakan semalam.
"Kami akan meminta setiap negara di dunia mempunyai sekurang-kurangnya satu stadium bersempena nama Pele," kata Infantino kepada pemberita di Brazil.
1 - Pelé was the youngest player at the World Cup to: - Score a goal (17 years 239 days) - Score a hat-trick (17 years 244 days) - Score in a final (17 years 249 days) Eternal. pic.twitter.com/ySlLTcxmlO
— OptaJoao (@OptaJoao) December 29, 2022
"Ia supaya kanak-kanak tahu kepentingan Pele."
Menamakan gelanggang sukan dengan nama bekas pemain bukanlah perkara asing dan sebagai contoh, Arena Puskas Hungary dan Arena Johan Cruyff di Amsterdam.
BACA: Penghormatan terakhir Pele di Stadium Vila Belmiro
Kelab Serie A, Napolim menamakan semula gelanggang keramat mereka sebagai Stadio Diego Armando Maradona bagi mengenang jasa pemain hebat Argentina itu selepas kematiannya pada 2020.
Stadium Piala Dunia Gwangju di Korea Selatan pula dinamakan sempena pengurus Belanda, Guus Hiddink, yang membawa negara itu ke tempat keempat Piala Dunia 2004.
Pele, yang menjaringkan 77 gol untuk Brazil, disemadikan pada Selasa waktu tempatan.
Topic Berkaitan
#Gianni Infantino
#stadium
#Pele
#nama Pele
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan