RIYADH: Musalli Al-Muammar, Pengerusi Lembaga Pengarah Kelab Al-Nassr, meletakkan jawatannya sebagai Presiden kelab bola sepak Arab Saudi itu
Surat peletakan jawatannnya dikemukakan kepada Kementerian Sukan, lapor portal berita Saufi Gazette yang memetik sumber.
Peletakan jawatan ketua kelab di Riyadh ini difahamkan berkait rapat dengan tekanan daripada peminat susulan dua kekalahan berturut-turut kelab berkenaan dalam tempoh seminggu.
Al-Nassr yang membarisi bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kalah 0-2 kepada kelab Al-Hilal Riyadh dalam perlawanan Liga Pro Saudi pada 18 April lalu.
Kekalahan itu membolehkan Al-Ittihad, yang merupakan ketua liga, memperluaskan kelebihannya kepada enam mata.
Al-Nassr juga tersingkir daripada Piala Raja Juara setelah kalah dalam perlawanan separuh akhir 1-0 kepada Al-Wehda pada Isnin.
Dijangkakan peletakan jawatan Al-Muammar akan diterima dalam tempoh dua hari akan datang sekali gus lembaga pengarah semasa akan dibubarkan.
Dalam masa sama, Setiausaha Agung kelab berkemungkinan besar akan dilantik untuk mengendalikan urusan kelab untuk tempoh yang akan datang sebelum tarikh untuk mengadakan mesyuarat agung dan pencalonan Presiden Al-Nassr dibuka sebelum akhir musim ini.
Al-Muammar, yang pernah menjadi Ketua Liga Pro Saudi mengambil alih jawatan Presiden kelab pada 1 April 2021, menggantikan Safwan Al-Suwaiket.
Astro Awani
Tue Apr 25 2023
Musalli Al-Muammar (kiri) bersama Cristiano Ronaldo. Al-Muammar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kelab Al-Nassr, meletakkan jawatannya sebagai Presiden kelab bola sepak Arab Saudi itu. - Foto fail
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Presiden kelab Al-Nassr, Al-Muammar letak jawatan
Presiden kelab dinaungi Ronaldo letak jawatan kerana tekanan peminat susulan dua kekalahan dalam tempoh seminggu.