awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Perak tolak terajui PSM

Astro Arena
Astro Arena
06/06/2021
23:06 MYT
Presiden Perak tolak terajui PSM
Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Presiden PERSERDA. - Foto Astro ARENA
PRESIDEN Persatuan Sepaktakraw Perak Darul Ridzuan (PERSERDA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, mengakui lebih senang untuk memberi fokus kepada perjuangan bersama Perak ketika ini.
Baginya, adalah lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai Liga Sepak Takraw (STL) 2020.
PERSERDA antara 11 ahli gabungan yang menarik diri daripada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berikutan kemelut tindakan tegas Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hingga mendorong bekas presiden, Datuk Seri Ahmad Ismail, untuk melepaskan jawatannya kelmarin dan ia kini dipangku Datuk Akramuddin Abdul Aziz.
Ahmad juga menjelaskan tidak akan bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM penggal 2021-2025 selepas menyandang jawatan berkenaan sejak 2002.
"Biarlah saya lahirkan pemain hebat untuk pasukan kebangsaan.
"Yang penting semua pihak perlu duduk di meja bulat, bincang bersama-sama untuk menjaga imej Malaysia," kata Puhat.
Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS), Wan Mohd Husni Wan Abdullah, pula berharap kepimpinan jawatankuasa yang baru kelak biarlah terdiri daripada campuran orang berpengalaman dan muda.
Malah, bekas pemain, Shaari Hashim, menganggap matlamat utama untuk mendesak Ahmad agar mengundurkan diri daripada terus menerajui PSM sudah tercapai.
"Bekas pemain menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan lama.
"Dengan pengunduran Tok Mat, saya harap persatuan yang telah menarik diri agar kembali," katanya.
Dalam masa sama, apit kebangsaan, Farhan Adam, kebajikan pemain terbela tanpa mengira apa yang berlaku di pihak persatuan.
Topic Berkaitan
#Abdul Puhat Mat Nayan
#sepak takraw
#PSM
#Presiden PSM
#PERSERDA
#Astaf
#kepimpinan
#tidak puas hati
#tarik diri
#Persatuan Sepak Takraw
#Ahmad Ismail
#Akramuddin Abdul Aziz
#Persatuan Sepaktakraw Malaysia
#Liga Sepak Takraw
#STL 2020
#PESTANS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan