KUALA LUMPUR: Prestasi gandingan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun disifatkan masih belum mantap biarpun baharu sahaja mempertahankan gelaran Terbuka Taiwan 2023, Ahad lepas.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky menyedari, peminat meletakkan harapan tinggi kepada pasangan itu selepas bergelar naib juara Masters Malaysia bulan lepas, namun mereka tidak berupaya mengekalkan prestasi selepas tersingkir awal di dua kejohanan berikutnya, Terbuka Singapura 2023 dan Terbuka Indonesia 2023, baru-baru ini.
"Bagi saya ia (harapan) logik kerana aksi yang ditunjukkan semasa di Masters Malaysia bukan satu kebetulan, mereka menang dengan pasangan bagus dan hampir juara di final.
Jadi mereka ada kemampuan cuma tidak ada rasa tanggungjawab (tunaikan harapan)," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata Wei Chong-Kai Wun berjaya menebus kekecewaan semasa Terbuka Singapura 2023 dan Terbuka Indonesia 2023 dengan menunjukkan kemampuan menewaskan pasangan tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 20-22, 21-17, 21-14 di final kejohanan Super 300 tersebut.
Justeru, Rexy berharap agar pasangan negara itu mampu membuktikan kemampuan mereka dengan menyinar pada kejohanan bertaraf tinggi seperti Super 500, 750 dan 1000 selepas ini, sekali gus dapat mencapai kestabilan agar setanding dengan pasangan handal lain.
Pakar beregu dari Indonesia itu juga kagum melihat Wei Chong-Kai Wun tidak terlalu meraikan kejayaan selepas dimahkotakan juara Terbuka Taiwan 2023 memandangkan gandingan tersebut menyedari tahap dimiliki mereka ketika ini.
"Wei Chong-Kai Wun tahu tahap mereka di mana dan tak mahu terlalu yakin atau memberikan tekanan ke atas diri sendiri jadi mereka perlu buktikan lagi," katanya.
Sementara itu, Rexy menaruh harapan agar tiga wakil yang berada di bawah naungannya dapat menembusi kelompok 20 pasangan terbaik dunia menjelang hujung tahun ini.
Berdasarkan ranking setakat 20 Jun lepas, hanya juara bertahan dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menjadi wakil tunggal kebangsaan berada di kelompok 20 terbaik dunia dengan mengisi kedudukan keempat manakala gandingan professional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berada di tempat keenam.
Katanya, peluang juga terbuka buat pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, yang baharu digandingkan semula selepas berpisah susulan perselisihan faham sebelum ini, untuk meningkatkan kedudukan mereka di ranking dunia selepas menghuni ranking ke-35 dunia.
"Kita harap agar Sze Fei-Nur Izzuddin muncul juara di Terbuka Amerika Syarikat pada 11-16 Julai nanti dan seterusnya dapat memperbaiki ranking," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
Peminat meletakkan harapan tinggi kepada pasangan itu selepas bergelar naib juara Masters Malaysia bulan lepas. - Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Wei Chong-Kai Wun mara ke final Terbuka Indonesia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah ke final Terbuka Indonesia 2024 selepas mengecewakan pasangan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Prestasi gandingan Wei Chong-Kai Wun belum 'stabil' - Rexy
Peminat meletakkan harapan tinggi kepada pasangan itu selepas bergelar naib juara Masters Malaysia bulan lepas.
Wei Chong-Kai Wun tewaskan 'The Daddies' untuk layak ke separuh akhir
Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengejutkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, pada suku akhir Masters Malaysia 2023.