awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi Malaysia buat Kim Swee kecewa

Astro Arena
Astro Arena
30/03/2016
02:16 MYT
Prestasi Malaysia buat Kim Swee kecewa
Pemain Malaysia, Norsahrul Iddlan Talaha (kanan) berebut bola dengan pemaiin Macau, Cheang Cheng Leong dalam perlawanan persahabatan kedua-dua pasukan di Stadium Hang Jebat, Selasa malam. - Foto BERNAMA
Itu luahan ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee selepas anak buahnya gagal untuk melakarkan kemenangan selepas seri 0-0 dengan Macau di Stadium Hang Jebat, pada Selasa.
Malaysia yang sekadar seri tanpa jaringan berdepan Macau dalam aksi persahabatan antarabangsa meletakkan satu persepsi tiada perkembangan di dalam skuad tersebut untuk maju ke hadapan.
Macau yang berada di ranking ke-195 dunia berjaya mempertahankan gawang gol mereka daripada dibolosi oleh Malaysia yang mahu menebus maruah mereka setelah memberikan aksi yang tidak memuaskan di kelayakan Piala Dunia / Piala Asia.
Kim Swee berpendapat berkata keputusan terikat tanpa jaringan berdepan Macau adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Beliau kecewa dengan jentera serangan negara yang gagal menyempurnakan jaringan gol walaupun dihidangkan dengan peluang yang bertali arus.
"Sememangnya saya tidak boleh menerima keputusan ini, begitu juga pemain dan penyokong. Mereka mahukan kemenangan tetapi apa yang kita lakukan tidak mencukupi kita perlu perbaiki prestasi," tegas Kim Swee.
"Kita berjaya mengawal menguasai permainan tetapi gagal memanfaatkan peluang. Kita harus belajar daripada perlawanan ini.
Topic Berkaitan
#Harimau Malaysia
#Ong Kim Swee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan