awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSG berdepan Clermont Foot 63, aksi terakhir Messi

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2023
22:05 MYT
PSG berdepan Clermont Foot 63, aksi terakhir Messi
Messi telah menjaringkan 21 gol dan 20 bantuan gol untuk Les Parisiens dalam semua kejohanan musim ini, berpindah ke Paris dari Barcelona pada 2021 dengan kontrak dua tahun. - Gambar fail AP
PENYERANG Argentina, Lionel Messi akan membuat penampilan terakhir bersama Paris St Germain (PSG) apabila menentang Clermont Foot 63 dalam perlawanan Ligue 1 di Parc des Princes pada Ahad, kata pengendali Les Parisiens, Christophe Galtier.
“Saya mempunyai keistimewaan melatih pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.
“Ini akan menjadi perlawanan terakhirnya di Parc des Princes.
“Saya berharap dia akan menerima sambutan yang paling hangat,” kata Galtier kepada pemberita pada Khamis.
Messi telah menjaringkan 21 gol dan 20 bantuan gol untuk Les Parisiens dalam semua kejohanan musim ini, berpindah ke ibu kota Perancis dari Barcelona pada 2021 dengan kontrak dua tahun.
“Tahun ini, dia menjadi bahagian penting dalam pasukan, sentiasa bersedia.
“Saya tidak fikir sebarang komen atau kritikan adalah wajar.
“Dia sentiasa berada di sana untuk pasukan. Ia adalah satu keistimewaan yang hebat untuk menemaninya sepanjang musim,” kata Galtier.
Masa depan Messi di Paris menjadi subjek spekulasi baru-baru ini, dengan sumber yang rapat dengan kapten Argentina memberitahu dia telah menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal musim depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#PSG
#Ligue 1
#Christophe Galtier
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan