TIADA kelibat Lionel Messi ketika Paris Saint-Germain (PSG) cuba mengesahkan kejuaraan Ligue 1 dalam kunjungan ke Angers, demikian pengesahan dibuat Mauricio Pochettino.
Messi, yang merekodkan lapan gol dan 13 bantuan jaringan dalam 29 perlawanan sejak berpindah ke ibu kota Perancis itu pada musim panas lalu sedang menjalani rawatan keradangan tendon tumit kirinya, sekali gus tidak dapat diturunkan ketika PSG berpotensi muncul juara liga awal pagi esok.
Barisan kendalian Pochettino itu bakal melakar kejuaraan Ligue 1 ke-10 kelab terbabit -- dengan mengatasi keputusan Marseille yang akan berdepan Nantes --- untuk menyamai St Etienne sebagai kelab paling berjaya di pentas berkenaan.
Bagaimanapun, setelah kehilangan Neymar akibat penggantungan, Pochettino mengesahkan Messi antara nama yang akan terlepas perlawanan itu sementara beberapa pemain muda pula berpotensi diketengahkan.
“Beberapa pemain seperti Leo Messi, Marco Verratti dan Presnel Kimpembe akan hilang esok kerana mereka masih menjalani rawatan,” katanya.
“Neymar pula akan digantung.
“Ia akan menjadi peluang kepada pemain yang kurang beraksi untuk mendapatkan sedikit minit permainan dan membolehkan pemain muda menimba pengalaman.
"Pemain seperti Xavi Simons dan Edouard Michut, mereka pernah menimba pengalaman. Mereka benar-benar mampu memainkan peranan penting untuk masa depan kelab ini."
Walaupun mendahului 15 mata di kemuncak Ligue 1 dengan berbaki enam perlawanan, Pochettino menafikan tanggapan bahawa PSG bergelut untuk memotivasikan diri sambil berkata matlamat mereka adalah untuk melakar kejuaraan dengan secepat mungkin.
“Perlawanan ini akan menjadi getir kerana ia boleh membolehkan kami memenangi kejuaraan ke-10 jika kami menang,” tambahnya.
"Sasaran kami adalah untuk meneruskan momentum dalam beberapa perlawanan terakhir kami. Kami memiliki rentetan kejayaan dan kami mahu meneruskan momentum.
"Buat masa ini, kejuaraan masih belum dipastikan lagi, kami harus memberikan tumpuan kepada perjalanan ke Angers untuk menang. Lebih cepat lebih baik. Secara peribadi, ia akan menjadi kegembiraan yang amat besar untuk memenangi kejuaraan Perancis ke-10 ini buat Paris Saint-Germain.
"Kami sentiasa bermotivasi kerana ia diperlukan demi mencapai kemenangan. Kami perlu menghormati bola sepak dan lawan kami hingga hari terakhir kerana itu adalah cara terbaik untuk beraksi dengan bagus.
"Kami berharap dapat memenangi kejuaraan ini dengan segera!"
Astro Arena
Wed Apr 20 2022

Messi sedang menjalani rawatan keradangan tendon tumit kiri. - Gambar fail

Polis akan panggil penganjur Himpunan Barang Naik
Kesemua individu berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dalam masa terdekat.

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

BN mampu bergerak solo di Sabah - Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa gabungan itu mampu bergerak sendiri di Sabah.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Saint-Etienne dihukum tolak tiga mata, empat perlawanan tanpa penyokong
Kelab itu dikenakan denda pemotongan enam mata tetapi tiga daripadanya masih ditangguhkan.

Jaringan Messi pastikan PSG julang gelaran Ligue 1 ke-10
PSG hanya memerlukan satu mata di laman sendiri ketika bertemu Lens semalam untuk melengkapkan kejuaraan.

PSG hilang Messi, Neymar untuk sahkan gelaran Ligue 1
Setelah kehilangan Neymar akibat penggantungan, Pochettino mengesahkan Messi antara nama yang akan terlepas perlawanan itu.

Pochettino terkilan Neymar, Messi jadi mangsa ejekan
Pendahulu Ligue 1 itu menghasilkan tiga mata menerusi jaringan Kylian Mbappe, Neymar dan Leandro Paredes.

Gol lewat Mbappe pastikan kemenangan PSG
Pemain nombor 7 PSG itu perlu menunggu sehingga minit ke-93 untuk memecahkan kebuntuan selepas menerima umpanan Lionel Messi.

Messi akhiri kemarau jaringan ketika atasi Lille
Messi menghasilkan penyudah licik untuk gol ketiga PSG, dengan Danilo Pereira menjaringkan dua gol.

Mbappe terus pamer bisa dalam ketiadaan Messi, Neymar
Skuad kendalian Mauricio Pochettino menuju ke pertemuan semalam dengan 11 perlawanan liga tanpa kalah.

PSG masih tanpa khidmat Messi
PSG hanya berjaya melakukan tiga percubaan tepat ke sasaran ketika ketiadaan Messi, bergelut untuk mendominasi perlawanan.

Messi dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga, kata Pochettino
PSG menamatkan aksi di Parc des Princes itu dengan kemenangan 2-1 hasil jaringan Marquinhos dan Angel Di Maria.

Sepakan penalti cetus kemenangan kontroversi PSG
PSG dihadiahkan sepakan penalti selepas pemeriksaan video bantuan pengadil mengesan bola terkena tangan Pierrick Capelle.