awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSG jemput TMJ lawat fasiliti moden, tonton aksi UCL

Astro Arena
Astro Arena
09/04/2025
02:20 MYT
PSG jemput TMJ lawat fasiliti moden, tonton aksi UCL
Tunku Mahkota Ismail dijemput sebagai tetamu khas presiden PSG Nasser Al-Khelaifi untuk melawat pusat latihan serba canggih mereka di Paris semalam. - X HRH Crown Prince of Johor
LANGKAH kerjasama bersama gergasi bola sepak dunia, Paris Saint-Germain (PSG), semakin mencuri tumpuan selepas Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengatur pertemuan bagi tujuan menjalinkan hubungan dan membentuk satu perjanjian di antara kedua-dua pasukan tersebut.
Sebelum ini, satu persetujuan telah dimeterai menyelusuri beberapa aspek penting bagi meningkatkan mutu pasukan ke arah lebih baik.
Terbaru, Pemangku Sultan Johor itu bersama delegasi baginda berkunjung ke pusat latihan serba canggih pasukan terkemuka Ligue 1 itu bagi meninjau kemudahan dan fasiliti yang menempatkan skuad bola sepak, bola baling dan akademi PSG.
Pembangunan bola sepak peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi menjadi strategi utama perbincangan sebelum ini di antara kedua-dua pasukan.
Dalam masa sama, juara 11 kali berturut-turut Liga Super itu juga dalam perancangan mengadakan jelajah pramusim di Arab Saudi dan tidak menolak kemungkinan bakal bertemu kelab Eropah itu nanti.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dijemput sebagai tetamu khas presiden Paris Saint-Germain FC Nasser Al-Khelaifi untuk melawat pusat latihan serba canggih mereka di Paris semalam dan menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara UEFA menentang Aston pic.twitter.com/sz0tPIJWEj
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 9, 2025
Topic Berkaitan
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#PSG
#JDT
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan