TAWARAN awal Real Madrid sebanyak €160 juta (RM791.3j) ke atas penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, telah ditolak, menurut laporan.
Pemain antarabangsa Perancis itu mengharungi empat musim terakhirnya di Parc des Princes dan akan menjadi ejen percuma pada akhir kempen ini.
Mbappe belum bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan gergasi Ligue 1 itu di sebalik kehadiran berprofil tinggi Lionel Messi baru-baru ini untuk membentuk gandingan bersama Neymar.
Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, baru-baru ini menekankan bahawa PSG tidak perlu mencipta keuntungan daripada penjualan Mbappe sementara Mauricio Pochettino pada minggu lalu menyuarakan harapan untuk mengekalkan bintang Perancis itu.
Namun, laporan di Sepanyol dan Perancis semalam tersebar luas mengaitkan Madrid mula menguji tekad gergasi dari Paris itu dengan mengemukakan tawaran lumayan untuk pemenang Piala Dunia tersebut.
Laporan di Perancis mendedahkan PSG telah menolak tawaran itu yang akan menjadikannya perpindahan ketiga termahal yang pernah berlaku selepas €222j (RM1 bilion) yang dibayar PSG kepada Barcelona untuk memancing Neymar dan €180j (RM890.2j) lagi dibelanjakan ke atas Mbappe sebagai yuran kepada Monaco pada 2018 selepas setahun dipinjamkan.
Mbappe telah membuat 174 penampilan bersama PSG dengan membantu kelab itu merangkul 10 trofi termasuk tiga mahkota Ligue 1.
Dia telah merekodkan 133 gol sejak kemunculan pertamanya pada September 2017, secara tidak langsung meletakkannya di belakang Cristiano Ronaldo (144), Messi (162) dan Robert Lewandowski (182) untuk bilangan gol terbanyak dalam lima liga teratas Eropah.
Pemain berusia 22 tahun itu telah mencipta 58 bantuan jaringan buat rakan sepasukannya dan hanya Lewandowski (39) yang terlibat secara langsung dalam lebih banyak gol dalam Liga Juara-Juara (UCL) berbanding Mbappe iaitu 37 jaringan.
Astro Arena
Wed Aug 25 2021

Mbappe telah membuat 174 penampilan bersama PSG dengan membantu kelab itu merangkul 10 trofi termasuk tiga mahkota Ligue 1. - Gambar fail

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

e-Sukan | PUBG Mobile zahirkan sokongan terhadap atlet negara
Sebagai tanda sokongan terhadap atlet e-Sukan negara di Sukan SEA Hanoi, Tencent Games menganjurkan program acara melibatkan atlet berkenaan secara langsung. Pengurus Pemasaran PUBG Mobile, Adil Hisham berkata, program itu juga menjadi platform untuk menghimpunkan kesemua peminat e-Sukan.

AWANI Ringkas: KPLB peruntuk RM80 juta untuk sekuriti makanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekalan Makanan | Mydin hadkan pembelian ayam
Pasar raya Mydin menghadkan pembelian ayam dengan setiap pelanggan boleh membeli dua ekor sahaja. Jelas Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, biarpun menghadkan pembelian, bekalan ayam di pasar raya tersebut masih mencukupi untuk pengguna di Selangor.

Politik | Pelancaran parti PEJUANG di Sabah ditangguh
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air di Sabah yang dijadualkan 22 Mei ini, ditangguhkan ke suatu tarikh akan dimaklumkan. Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan dibuat kerana ketiadaan Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai urusan kerja di Tokyo.

HFMD: Lebih banyak tadika di Perak akan ditutup
Lebih banyak tadika di Perak dijangka ditutup berikutan peningkatan wabak penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Duta Besar Malaysia | Lantikan Tajuddin tidak sepatutnya jadi isu
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu sepatutnya tidak menjadi isu.

Sekuriti Makanan | KPLB peruntuk RM80 juta
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensi di bawahnya iaitu RISDA dan FELCRA Berhad memperuntukkan 80 juta ringgit untuk menjamin bekalan dan sekuriti makanan negara. Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan tersebut, agensi-agensi KPLB akan berusaha mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan perladangan.

Aidilfitri | PM hadir Program Aidilfitri Tentera Darat
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri melibatkan warga Angkatan Tentera Darat Malaysia.

Pendaki Gunung Suku | Mayat kedua ditemui, operasi SAR tamat
Pasukan penyelamat berjaya menemui mayat mangsa kedua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai, Ahad lepas. Penemuan itu dibuat pada hari ketujuh operasi, hari ini.

Mbappe ke Liverpool? Mustahil, kata Klopp
Mbappe akan tamat kontrak dengan PSG bulan depan dan mendedahkan minggu lalu dia hampir membuat keputusan mengenai masa depannya.

Saya belum buat keputusan sertai Real Madrid - Mbappe
Pemain antarabangsa Perancis itu menjaringkan dua gol dan membantu tiga lagi gol PSG.

Tebas yakin Mbappe akan sertai Real Madrid
Mbappe bakal tamat kontrak pada penghujung kempen semasa dan telah dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu.

Gol lewat Mbappe pastikan kemenangan PSG
Pemain nombor 7 PSG itu perlu menunggu sehingga minit ke-93 untuk memecahkan kebuntuan selepas menerima umpanan Lionel Messi.

Mbappe terus pamer bisa dalam ketiadaan Messi, Neymar
Skuad kendalian Mauricio Pochettino menuju ke pertemuan semalam dengan 11 perlawanan liga tanpa kalah.

Bintang bola sepak Mbappe jadi bapa angkat kepada dua anak panda
Anak kembar panda berusia tiga bulan itu dikenali sebagai Yuandudu dan Huanlili.

Mbappe mudah bentuk gandingan bersama Messi
Dengan Neymar sekadar menjadi penonton ekoran kecederaan, Mbappe memainkan peranan penting dalam kedua-dua gol Messi.

Perancis jelaskan sebab Kylian Mbappe dihantar pulang ke PSG
Mbappe diberi izin untuk meninggalkan kem kebangsaan menjelang perlawanan menentang Ukraine, awal pagi esok.

PSG tolak mentah-mentah tawaran lumayan Real Madrid
Pemain antarabangsa Perancis itu mengharungi empat musim terakhirnya di Parc des Princes dan akan menjadi ejen percuma pada akhir kempen ini.

Mahu atau tidak, Mbappe kekal di PSG, kata Al-Khelaifi
Al-Khelaifi percaya penyerang Perancis itu tidak mempunyai pilihan selain kekal dan bermain bersama Messi dan Neymar.