Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menafikan enam atletnya lari daripada menjalani ujian doping sewaktu Kejohanan Piala Raja Thai, bulan lalu, sebaliknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail berkata siasatan awal pihaknya mendapati tiada pemain negara yang dipanggil mengambil ujian itu.
"Kami memanggil kesemua enam pemain berkenaan pada Isnin lalu dan kami mendapati tiada seorang pun mengetahui, dimaklumkan atau dipanggil mengambil ujian anti-doping itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail di sini, hari ini.
Kesemua enam atlet dan tiga pegawai pasukan negara kini menjalani penggantungan sementara selepas Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) membuat keputusan itu sehingga siasatan selesai.
Berikutan itu, Ahmad Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat andaian awal yang mengatakan atlet sepak takraw lari daripada membuat ujian berkenaan.
"Saya merayu kepada semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjatuhkan maruah pemain kita dan biarlah perkara ini diselesaikan dengan saluran yang betul," katanya.
Rabu lepas, PSM menerima surat tuduhan daripada ISTAF dan kesemua pemain serta pegawai terbabit mempunyai masa 14 hari untuk menjawabnya.
"PSM akan membantu mereka sebaik mungkin untuk membalas surat tersebut kepada ISTAF dan saya akan pastikan surat berkenaan akan sampai ke tangan ISTAF dalam jangka waktu tersebut," katanya.
Menurut peraturan, perbuatan mengelak atau enggan atau gagal menjalani ujian doping tanpa alasan munasabah selepas diberitahu, adalah kesalahan mengikut Artikel 2.3 Kod Anti-Doping Dunia yang boleh dikenakan penggantungan minimum dua tahun dan maksimum empat tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2016
Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail berkata siasatan awal pihaknya mendapati tiada pemain negara yang dipanggil mengambil ujian itu.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Ahmad Ismail berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi.
NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan
Hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.
Cabaran getir menanti presiden baharu PSM
12 Februari ini seluruh ahli gabungan PSM kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak akan memilih kepimpinan baharu.
Tok Mat tinggalkan kerusi nombor satu Pulau Pinang
Dia mengundur diri bagi mengelak sebarang konflik memandangkan sudah meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, 4 Jun lalu.
Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Keputusan itu akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
ASTAF tambah penggantungan Tok Mat
Kini beliau perlu jalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021.
PSS persatuan terbaru keluar PSM
PSS merupakan persatuan ketiga mengambil tindakan itu selepas Gabungan Sepak Takraw Kelantan dan Persatuan Sepak Takraw Johor.
Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini.
Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri
Abdul Halim berharap Ahmad dapat memberi kerjasama menghadiri prosiding tatatertib hari ini untuk menentukan status dan kedudukannya.