awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar sediakan lebih 130,000 bilik buat peminat Piala Dunia 2022

Bernama
Bernama
11/04/2022
07:25 MYT
Qatar sediakan lebih 130,000 bilik buat peminat Piala Dunia 2022
Ketua Pegawai Eksekutif Qatar 2022, Nasser Al Khater memberi jaminan bahawa peminat bola sepak yang melancong ke Qatar akan menikmati pelbagai pilihan menarik yang pastinya memenuhi keperluan. - AP
DOHA: Lebih 130,000 bilik penginapan akan disediakan untuk peminat bola sepak semasa berlangsungnya Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
Penginapan itu merangkumi bilik hotel, hotel terapung, vila, pangsapuri dan perkampungan peminat, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) memetik kenyataan jawatankuasa perkhidmatan dan warisan.
Pemegang tiket kini boleh mula membuat tempahan penginapan melalui platform rasmi.
Menurut kenyataan itu, kos penginapan di beberapa pangsapuri tidak melebih AS$80 untuk semalam, manakala bilik di hotel terapung mewah, termasuk restoran yang turut menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi hanya berharga kira-kira AS$180 semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Qatar 2022, Nasser Al Khater memberi jaminan bahawa peminat bola sepak yang melancong ke Qatar akan menikmati pelbagai pilihan menarik yang pastinya memenuhi keperluan.
Beliau meminta peminat luar negara menggunakan platform rasmi untuk tempahan penginapan dan tiket perlawanan.
Al Khater berkata peminat boleh membuat pilihan lain, tetapi mereka yang mencari harga terendah perlu menggunakan platform rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#Qatar
#kemudahan
#peminat piala dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan