Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo mengesahkan gelaran Pelumba Muka Baharu (rookie) Terbaik MotoGP 2019 menjadi miliknya setelah menduduki tempat kedua pada perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Jepun, pada Ahad.
Ini ialah penyudah podium keenam buat Quartararo musim ini dan kemenangan di tempat kedua berturut-turut selepas pelumba muka baharu Perancis itu memenangi tempat kedua dalam GP Thailand di Buriram, Thailand, awal bulan ini.
Pelumba berusia 20 tahun itu kini memperoleh 163 mata untuk memperoleh gelaran pelumba muka baharu terbaik, 97 mata di hadapan pelumba Sepanyol Joan Mir daripada pasukan Suzuki Ecstar.
Di litar Twin Ring Motegi hari ini, Quartararo menamatkan perlumbaan 0.870 saat (s) di belakang pelumba yang baharu dimahkotakan sebagai juara dunia, Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda yang mencatat masa 42 minit, 41.492s sementara pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso dari Itali di tempat ketiga dengan masa 42:42.817s.
Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli dari Itali di tempat keenam dengan catatan masa 42:50.679s biarpun memulakan perlumbaan dari petak kedua.
"Dalam sesi ujian, kami menetapkan sasaran antara 50 hingga 90 mata dan menjadi Pelumba Muka Baharu Terbaik tahun ini. Saya gembira kerana mampu memberikan lebih daripada itu untuk pasukan.
Kepada Petronas Racing Team yang percayakan saya, Yamaha, saya berterima kasih kepada semua mereka yang memberikan kepercayaan kepada saya, sudah tentu saya akan memberikan semaksimum yang saya mampu supaya mereka terus mempercayai saya dan sejujurnya saya rasa kami melakukan tugas dengan menakjubkan. Kami akan cuba mengakhiri musim ini dengan cara yang baik," kata Quartararo menerusi rakaman audio yang disediakan pasukannya hari ini.
Sementara itu, pelumba sulung MotoGP dari Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah daripada pasukan Red Bull KTM Tech 3 mengakhiri perlumbaan di tempat ke-19 hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 20 2019
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo mengesahkan gelaran Pelumba Muka Baharu (rookie) Terbaik MotoGP 2019 menjadi miliknya setelah menduduki tempat kedua pada perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Jepun, hari ini. - REUTERS
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Kemenangan berganda lonjak semangat pasukan Petronas Yamaha SRT
Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali adalah individu paling gembira apabila pelumba pasukannya Fabio Quartararo meraih kemenangan berganda di Litar Jerez, Sepanyol pa
Quartararo rangkul kemenangan sulung MotoGP
Muncul sebagai pelumba kedua Perancis memenangi kelas premier sejak rakan senegara Regis Laconi rangkul kemenangan sama di Litar Valencia pada 1999.
Quartararo raih petak pertama GP Malaysia
Quartararo tampilkan tunggangan cemerlang di trek kering sepanjang 5.543km itu dengan mencipta rekod masa terpantas 1 minit 58.303 saat.
Quartararo sambar petak pertama GP Thailand
Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu mencatat sepusingan terpantas satu minit 29.719 saat pada sesi kelayakan kedua (Q2) pada Sabtu.
MotoGP: Fabio, John naik podium
Fabio kini berkedudukan ketujuh keseluruhan dengan 92 mata, manakala Franco di tempat ke-12 dengan 58 mata.
Grand Prix Itali: Quartararo bermula dari petak kedua
Quartararo, yang mencatatkan masa kedua pantas pada sesi Kelayakan 2 (Q2) selepas melakukan masa terbaik sepusingan satu minit dan 45.733 saat.