Skip to main content

Dunia

Iran gesa penduduk jauhi 500 meter 'tempat penginapan rahsia' tentera AS

An Iranian man walks next to a mural on a street in Tehran, Iran, May 11, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
IRGC menggesa orang awam supaya berada "sekurang-kurangnya 500 meter" dari lokasi berkenaan demi keselamatan mereka. - Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada Jumaat menggesa penduduk di negara yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) supaya berada "sekurang-kurangnya 500 meter" dari bangunan yang didakwanya digunakan sebagai "tempat penginapan rahsia oleh tentera AS", lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, IRGC mendakwa pegawai dan anggota tentera AS "telah meninggalkan pangkalan mereka dan berpindah ke bangunan di kawasan bandar untuk mengarahkan operasi ketenteraan."

IRGC menggesa orang awam supaya berada "sekurang-kurangnya 500 meter" dari lokasi berkenaan demi keselamatan mereka.

IRGC turut menuduh Washington menyasarkan infrastruktur awam termasuk jambatan, jeti nelayan, bot, kenderaan dan landasan kereta api di Iran.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement