awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jalan Pantai Bersih tidak terlibat permohonan penukaran nama, hanya jalan cabang - Exco
Perdagangan Malaysia-ASEAN naik 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk Jan-Nov 2025 - MITI
WEF2026: Empat realiti AI yang sering disalah faham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ranking tertinggi karier, Sivasangari kini Nombor 6 dunia

Bernama
Bernama
20/10/2025
13:43 MYT
Ranking tertinggi karier, Sivasangari kini Nombor 6 dunia
Sivasangari melonjak ke posisi berprestij berkenaan susulan aksi cemerlangnya muncul naib juara Kejohanan Terbuka Silicon Valley. - Instagram Sivasangari
KUALA LUMPUR: Bintang skuasy negara S. Sivasangari meneruskan momentum cemerlang di pentas antarabangsa apabila naik dua anak tangga untuk menduduki tangga keenam dunia, kedudukan tertingginya dalam ranking terkini Persatuan Skuasy Profesional (PSA) yang diumumkan hari ini.
Pemain berusia 26 tahun dari Kedah itu melonjak ke posisi berprestij berkenaan susulan aksi cemerlangnya muncul naib juara Kejohanan Terbuka Silicon Valley, kejohanan bertaraf PSA Gold yang berlangsung di Redwood City, California. minggu lepas.
Dalam laluan ke final, Sivasangari menewaskan pemain Mesir Kenzy Ayman, wakil Amerika Syarikat Amanda Sobhy serta Salma Hany dari Mesir, sebelum tunduk kepada pemain tuan rumah yang juga juara bertahan Olivia Weaver.
Pencapaian itu menyaksikan Sivasangari memintas pemain Jepun Satomi Watanabe dan wakil Belgium Tinne Gilis, sekali gus menempatkan dirinya dalam kelompok enam terbaik dunia buat julung kalinya.
Sementara itu, seorang lagi pemain negara Rachel Arnold turut memperbaiki kedudukannya apabila naik satu anak tangga ke ranking ke-19 kategori wanita.
Bagi saingan lelaki, pemain nombor satu negara Ng Eain You mengekalkan kedudukan di ranking ke-12 dunia.
- BERNAMA
TAGS: sports, squash, Sivasangari, PSA, rankings
Topic Berkaitan
#S Sivasangari
#prestasi
#ranking meningkat
#Skuasy
#PSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan