Ratu Elizabeth II mangkat: Manchester United batalkan sidang media

Astro Arena
September 8, 2022 23:45 MYT
Pemain Manchester United bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada Khamis. - Foto AP
MANCHESTER UNITED membatalkan semua aktiviti media berikutan kekalahan 1-0 Liga Europa kepada Real Sociedad.
Kelab itu memutuskan untuk mengurangkan semua aktiviti media selepas Ratu Elizabeth II mangkat di Balmoral, beberapa jam sebelum perlawanan bermula.
BACA: Ratu Elizabeth II mangkat
Pengurus United Erik ten Hag tidak bercakap dengan MUTV, mana-mana pemegang hak UEFA atau menghadiri sidang media selepas perlawanan.
Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta juga tidak memenuhi sebarang kewajipan media berikutan kemenangan 2-1 Liga Europa mereka di Zurich.
Tiada hubungan dengan pihak media juga bermakna Ten Hag tidak mungkin bercakap sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) United di Crystal Palace, yang kini dijadualkan berlangsung pada Ahad.
#bola sepak #Manchester United #Ratu Elizabeth #Sidang media