SINGAPURA: Ratu pecut Singapura Shanti Pereira dan sembilan lagi wanita pada Jumaat tersenarai dalam Singapore Women's Hall of Fame (SWHF), bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.
Pemegang rekod Olimpik acara 200m dan Sukan SEA yang berusia 27 tahun itu tersenarai bersama-sama ikon boling Grace Young-Diao; Grandmother of Singlish Sylvia Toh Paik Choo; pendidik, pengarang, dan penyair Hadijah Rahmat; dan penyampai berita televisyen Tan See Lai.
Turut tersenarai, pendaki dan atlet sukan lasak Sim Phei Sunn dan Vincere Zeng; aktivis alam sekitar, Kirtida Mekani; pelopor industri kreatif Asia Linda Locke; dan perintis konsep panjang umur Mary Ann Tsao.
Pemilihan 10 wanita itu menjadikan setakat ini terdapat 192 penerima tersenarai dalam SWHF, menurut penganjur, Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) dalam satu kenyataan.
Penyampaian trofi The Flame disempurnakan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Jumaat.
SWHF mula diperkenalkan sejak 10 tahun lalu yang bertujuan mengiktiraf dan menghargai pencapaian cemerlang yang dicapai oleh kaum wanita dalam pelbagai bidang sekali gus dapat memberi inspirasi kepada orang lain.
Sementara itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatan di Facebook berkata sejak Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura diterbitkan dua tahun lalu, wanita telah mencapai kemajuan ketara dalam pelbagai bidang seperti peluang penjagaan, sokongan penjagaan serta perlindungan terhadap keganasan dan bahaya.
"Meskipun begitu wanita masih menghadapi rintangan atau kesulitan dalam beberapa bidang dan kita harus menangani hal ini. Wanita atau lelaki, muda mahupun tua - kita semua mempunyai peranan dalam membina masyarakat yang lebih inklusif dan lebih adil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Shanti Pereira tersenarai bersama-sama ikon boling Grace Young-Diao; Grandmother of Singlish Sylvia Toh Paik Choo; pendidik, pengarang, dan penyair Hadijah Rahmat; dan penyampai berita televisyen Tan See Lai. - Gambar IG/v_shantipereira
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Ahmad Zahid ucap tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai PM Singapura
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).