REAL MADRID 3 LIVERPOOL 1
Liverpool perlu membuktikan bahawa mereka berhak untuk ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) sambil Jurgen Klopp melabel pasukannya gagal menyaingi Real Madrid, sebentar tadi.
Vinicius Junior meledak kedua-dua gol dalam setiap separuh masa sebelum Marco Asensio mengesahkan bekalan 3-1 jaguh LaLiga itu dalam pertemuan pertama itu menjelang timbal balik di Anfield, minggu depan.
Pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold -- yang menjadi perhatian media kebelakangan ini berikutan tercicir dalam senarai terbaru skuad England bimbingan Gareth Southgate -- pastinya ingin melupakan kepincangannya di ibu negara Sepanyol itu apabila gagal mengekang Vinicius untuk gol pembukaan Madrid hasil lambungan yang dijana Toni Kroos.
Mohamed Salah kemudian mengikat kedudukan 1-1 buat juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal separuh masa kedua, namun pertahanan goyah terus menjejaskan harapan mereka.
Benteng pelawat sekali lagi terdedah apabila Vinicius menghidu ruang di depan kotak penalti untuk Madrid kembali mendahului dan kesilapannya Alexander-Arnold yang tertanduk bola ke arah Asensio dimanfaatkan tuan rumah untuk gol ketiga, sembilan minit menuju wisel penamat.
Pasukan Klopp sama sekali gagal mengatur sebarang percubaan tepat sepanjang babak pertama, kali pertama wakil Merseyside itu gagal melakukan percubaan tepat pada awal perlawanan UCL sejak 2014, maka tidak hairanlah pengurus berbangsa Jerman itu langsung tidak berpuas hati.
"Sekiranya kami mahu ke separuh akhir, kami perlu membuktikan kewibawaan," katanya kepada BT Sport.
"Kami tidak menerapkannya terutama dalam separuh masa pertama, jadi satu-satunya perkara menarik yang dapat saya katakan mengenai permainan ini selain daripada kami mendapatkan satu gol, pertemuan ini diadakan secara timbal balik.
"Kami tidak beraksi dengan cukup baik untuk mengancam Real Madrid. Saya benar-benar fikir kami mampu melakukannya. Kami memudahkan pihak lawan, itulah perkara pokoknya."
Ditanya adakah dia bimbang dengan pertahanannya, Klopp sebaliknya mendedahkan masalah utama Liverpool ialah menguasai bola.
Walaupun statistik agak bertentangan dengan hujahnya -- The Reds melengkapkan 85.8 peratus daripada 605 hantaran mereka, berbeza dengan pemain Madrid yang menyempurnakan 82.1 peratus daripada 507 hantaran mereka.
"Gol yang Real Madrid hasilkan adalah melalui pemikiran pantas tetapi kesilapan juga terjadi," katanya.
"Saya tidak senang dengan cara kami beraksi. kami menekan dengan sangat baik, kami memenangi bola tetapi sering kali kami kehilangan bola ketika hantaran kedua, itulah masalahnya.
"Kami tidak dapat mematahkan serangan balas Real Madrid sekiranya kami memberikan mereka bola pada waktu yang salah.
"Jika kami kehilangan bola, ia tidak menjadi masalah seandainya tekanan yang kami berikan membolehkan kami kembali memenangi bola.
"Tetapi kami kehilangan bola pada detik yang salah, menggolekkannya ke kaki mereka kemudian apa yang mereka lakukan adalah menukar tempo permainan, mempercepatkan gerakan menerusi pemain kelas dunia yang sangat pantas.
"Dalam situasi satu lawan satu, itu bukan mudah buat siapa sahaja. Kami harus bertahan dengan lebih baik tetapi ini bukan soal barisan terakhir, ia mengenai apa yang kami sepatutnya lakukan sebelum itu."
Astro Arena
Tue Apr 06 2021
Mohamed Salah meraikan gol pertama pasukannya dalam perlawanan UCL antara Real Madrid dan Liverpool di Estadio Alfredo Di Stefano, Madrid, Sepanyol, 6 April, 2021. REUTERS
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Van Dijk mahu pemain Liverpool lihat cermin
Gol setiap babak bermula dengan minit ke-27 diikuti minit ke-58 juga menyaksikan peluang Liverpool untuk merangkul kejuaraan EPL semakin samar.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp.
EPL: Liverpool kembali temui rentak kemenangan
Jurgen Klopp puji prestasi separuh masa kedua sempurna yang disajikan Liverpool selepas mereka memuktamadkan kemenangan 3-1 di Fulham.
EPL: Emery bangga Villa ukir kebangkitan menakjubkan
Setelah ketinggalan satu gol pada minit ke-31, tuan rumah mengubah kedudukan dengan Morgan Rogers menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.