Pelumba Britain, Scott Redding berang dengan rakan sepasukannya dari Pramac Ducati, Danilo Petrucci, ekoran pemanduan agresif pelumba itu jadi punca Redding terbabas di awal perlumbaan.
Petrucci dan Redding mengalami pelanggaran memasuki selekoh ke 12 dalam pusingan pertama lalu menyebabkan pelumba Britain itu terpaksa 'bersara' awal dari perlumbaan.
Pelumba Itali itu, yang sebelum ini dikenakan denda hilang tiga kedudukan susulan pelanggaran dengan Eugene Laverty di Litar Red Bull, Ogos lalu, dikenakan penalti pandu lalu ekoran insiden tersebut.
Berang dengan situasi itu, Redding mengecam rakan sepasukannya yang sehingga di akhir perlumbaan tidak memohon maaf.
"Saya sangat kecewa kerana kami dari satu pasukan yang sama.
"Memasuki selekoh ketujuh, saya sedar dia akan bertindak agresif memasuki selekoh seterusnya, dan apabila kami tiba di selekoh ke-12, dia melanggar saya dan perlumbaan saya berakhir.
"Saya tidak puas hati kerana rakan sepasukan saya sendiri menyingkirkan saya. Fairing jentera saya pecah dan saya mengalami kesakitan. Saya langsung tidak menjangkakan perkara itu.
"Kami pernah bersaing sengit sebelum ini, tetapi ini bukan kali pertama ada pelumba mengadu dengan cara dia menyingkirkan pelumba lain dengan melanggar mereka.
"Dia dikenakan penalti, kali kedua musim ini, itu sahaja sudah membuktikan sesuatu. Saya memang tidak puas hati, selepas itu dia langsung tidak cuba meminta maaf, saya sudah hilang rasa hormat terhadapnya.
"Dia seorang yang baik tetapi kadang kala dia tidak berakal."
Bagaimanapun, Petrucci akui dia jadi punca terhadap perlanggaran itu dan akui bersimpati dengan pelumba berusia 23 tahun itu.
"Dia berhak rasa marah kerana saya menamatkan perlumbaannya," katanya.
Astro Arena
Mon Sep 26 2016
Redding tidak puas hati kerana rakan sepasukan sendiri menyingkirkannya. - Foto sumber http://www.beinsports.com
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Redding dilanggar di litar: 'Rakan sepasukan saya tidak berakal!'
Petrucci dan Redding alami pelanggaran dalam pusingan pertama lalu menyebabkan pelumba Britain itu terpaksa 'bersara' awal dari perlumbaan.