awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rematch? McGregor tetap tak ada peluang menang - Cormier

Agensi
Agensi
11/10/2018
02:00 MYT
Rematch? McGregor tetap tak ada peluang menang - Cormier
Juara dunia, Daniel Cormier berpendapat McGregor (kiri) tidak berpeluang menang dalam rematch itu. -Reuters
CONOR McGregor tidak akan mampu menewaskan Khabib Nurmagomedov, jika sekalipun mereka mengadakan pertarungan semula (rematch).
Itu pendapat pemerhati sukan bela diri campuran (MMA), malah sentimen sama turut dikongsi beberapa bekas atlet MMA sendiri.
Laporan portal Independent memetik kata-kata pengulas sukan UFC, Joe Rogan, yang mengatakan juara dunia, Daniel Cormier memberitahunya secara peribadi bahawa McGregor tidak berpeluang menang dalam rematch itu.
"Saya bercakap dengan Cormier selepas pertarungan baru-baru ini. Dia beritahu saya, tidak mungkin McGregor akan menang. Tidak dalam masa terdekat ini.
"Kata Cormier, Khabib sudah terlalu jauh meninggalkan McGregor," kata Rogan dalam satu program podcast.
Seorang lagi bekas juara, Sean Sherk berpendapat McGregor memerlukan bantuannya jika mahu menang dalam rematch tersebut.
"Sukar untuk menang apabila anda bertarung dengan seorang yang sudah bertarung sejak lahir lagi.
"Apa yang boleh dia (McGregor) cuba, adalah datang berlatih dengan saya. Saya dan Khabib mempunyai gaya bertarung yang sama, jadi mungkin pengalaman saya boleh membantu," kata Sherk.
Presiden UFC, Dana White sebelum ini mengakui McGregor ada menghubunginya dan bercakap tentang rematch, namun belum ada perbincangan rasmi mengenainya setakat ini.
Topic Berkaitan
#beladiri campuran
#Conor McGregor
#Joe Rogan
#Khabib Nurmagomedov
#Mixed Martial Arts
#MMA
#sukan
#UFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan