PETALING JAYA: Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky memikul tanggungjawab lebih besar apabila beliau kini memegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM.
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh berkata keputusan itu dibuat selepas ABM mahu memiliki seorang sahaja pengarah kejurulatihan yang akan memantau prestasi kedua-dua kem perseorangan dan beregu negara.
"ABM belum buat pengumuman rasmi tapi anda mungkin sudah perasan bahawa Rexy telah ambil alih sebagai Pengarah Kejurulatihan ABM secara keseluruhannya.
"Tugasan pertama Rexy adalah pada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sedang berlangsung ketika ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kelab badminton tempatan, New Vision Badminton Academy (NVBA) dan Konfederasi Badminton Afrika (BCA) di sini, hari ini.
Jun lepas, jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan ABM kosong susulan peletakan jawatan Wong Choong Hann yang berkelana ke Hong Kong sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki negara itu dan langkah ABM itu sekali gus menyaksikan Rexy secara tidak langsung perlu memantau prestasi kem perseorangan di akademi tersebut.
Kenny berkata beliau melihat Rexy sebagai pilihan tepat untuk memegang jawatan tertinggi di ABM memandangkan pakar beregu dari Indonesia itu memiliki pengalaman luas bersama negaranya serta Thailand sebelum ini selain menjadi arkitek penting membimbing beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar sejarah menjadi wakil pertama badminton Malaysia muncul juara dunia tahun lepas.
Mengenai pengganti bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM Datuk Misbun Sidek yang meninggalkan BAM bulan lepas, Kenny berkata mereka masih lagi meneliti calon yang benar-benar sesuai mengisi jawatan tersebut.
Dalam pada itu, Kenny optimis pemain badminton berpasukan lelaki negara dapat menampilkan prestasi terbaik dalam usaha menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou 2022 biarpun berdepan laluan sukar menentang Korea Selatan pada pusingan pertama.
Sekiranya berjaya mara ke suku akhir, Malaysia dijadual bertemu musuh ketat, Indonesia, yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama.
Malaysia yang tidak menyertai acara berpasukan wanita sebaliknya menampilkan barisan terkuat mereka untuk acara berpasukan lelaki yang diwakili antaranya Aaron-Wooi Yik, bekas juara perseorangan lelaki All England 2021, Lee Zii Jia dan pemenang pingat perak perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2022, Ng Tze Yong.
Sementara itu, Pengarah NVBA Sugita Kunalan berkata kerjasama selama empat tahun itu menandakan detik penting bagi kedua-dua pihak yang bergabung tenaga untuk melatih bakat dan memupuk kecemerlangan dalam sukan.
Beliau berkata sorotan utama MoU itu termasuk antara lain pertukaran pemain elit, dengan BCA akan mengenal pasti pemain Afrika yang luar biasa dan menghantar mereka berlatih dengan NVBA dalam usaha untuk memaksimumkan potensi mereka; program pertukaran jurulatih dan memanfaatkan rangkaian mereka untuk membantu BCA mendapatkan tajaan yang selamat untuk inisiatif pembangunan.
"Kami berbangga dengan satu lagi pencapaian penting melalui MoU kali ini dengan BCA membantu bakat-bakat luar negara yang semakin meningkat. NVBA sentiasa mengalu-alukan pemain antarabangsa dan beberapa pasukan kebangsaan untuk berlatih bersama kami sejak 2010 sebagai sebahagian daripada persiapan mereka untuk acara sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif BCA Jeff Shigoli pula berkata mereka memilih Malaysia untuk melatih pemain dari benua mereka kerana negara ini adalah antara negara terbaik dalam sukan badminton.
"Kami mahu belajar daripada yang terbaik dan berharap untuk membawa pemain kami ke tahap di mana pemain Malaysia berada," katanya.
Timbalan Presiden I BAM Datuk V. Subramaniam yang turut hadir dalam acara itu berkata ia usaha yang baik kelab tempatan dengan pelaksanaan program sebegini bagi membantu negara-negara yang memerlukan dalam memupuk bakat masa depan badminton.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Tugasan pertama Rexy adalah pada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sedang berlangsung ketika ini. - Gambar fail

Israel kembali serang Gaza, orang awam antara yang cedera
Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
Hanya Kelantan masih terjejas banjir
Hanya Kelantan masih terjejas banjir sehingga jam 7 pagi Jumaat dengan seramai 795 mangsa ditempatkan di 4 PPS yang masih aktif. 2 PPS terakhir di Terengganu ditutup pada Khamis malam.
[TERKINI] Sesi pengumuman khas 5G
Ikuti sesi pengumuman khas 5G oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang diadakan di Tun Razak Exchange, TRX, Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Kes SRC: Najib mohon lepas tanpa bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Digital ID: Kerajaan pastikan perlindungan data peribadi, keselamatan siber sentiasa terkawal
Pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID akan memastikan perlindungan data peribadi dan keselamatan siber sentiasa terkawal selain memudah cara perkhidmatan awam dan swasta.

Hujan berterusan di Terengganu, beberapa kawasan di Kelantan, Pahang hingga Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang mulai hari ini hingga Ahad. Menurut

Lima kampung di Johor dilanda banjir, 538 orang dipindahkan
Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di daerah ini dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada.

Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.

Pasha minta peminat cadang nama penyanyi baharu untuk kolaborasi
Agak-agak penyanyi wanita mana yang anda mahu lihat nyanyi bersama Ungu di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur?

Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy
Kem badminton negara akan melakukan kajian terperinci terhadap prestasi pemain di Sukan Asia Hangzhou, selepas gagal mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa.

Badminton Dunia BWF: Rexy harap pemain negara tingkatkan kekuatan mental
Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul wakil negara terbaik meskipun tidak dapat mempertahankan gelaran apabila terkandas di peringkat suku akhir.

Masters Malaysia: Rexy Mainaky berang pengadil hentikan permainan ketika rally berjalan
Pengadil menghentikan permainan kerana mendakwa terdapat komunikasi di antara jurulatih dan pemain Jepun pada waktu itu.

Piala Sudirman: Malaysia perlu perseorangan wanita lebih berwibawa - Rexy
Kegagalan memiliki pesona tersendiri dalam saingan perseorangan wanita masih menghantui skuad negara di peringkat antarabangsa.

Misbun, Rexy ambil alih latih skuad remaja - Michelle
Penukaran jawatan itu sebahagian daripada program penyusunan semula barisan kejurulatihan skuad remaja.

'Patatimo Boys' berpecah, Nur Izzuddin sah bersama Muhammad Haikal
Gabungan Muhammad Haikal-Wan Muhammad Arif Wan Junaidi terpaksa dipecahkan setelah digandingkan sejak 2019.

BAM pertimbang pisahkan Sze Fei-Nur Izzuddin
Rexy menjelaskan, pemain harus hadir dengan misi memenangi pingat dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Lawan bukan semalam baru belajar badminton - Rexy Mainaky
Terbuka Malaysia 2023 menyaksikan skuad beregu lelaki dan wanita di bawah kendalian Rexy terkandas seawal pusingan kedua.

Pearly dapat beraksi di Terbuka Denmark, Anna alami kecederaan ACL
Selain Terbuka Denmark, pasangan nombor 11 dunia itu akan bersaing dalam Terbuka Perancis 2022 di Paris pada 25-30 Okt.

Olimpik Paris: Gandingan tetap beregu campuran dimuktamad sebelum Terbuka Malaysia 2023 - Rexy
Gandingan tetap penting bagi mengumpul mata di siri kejohanan kelayakan bagi merebut slot ke temasya Sukan Olimpik.