Frank Ribery secara rasminya terkeluar daripada pusingan akhir Piala Dunia di Brazil.

Pemain Bayern Munich itu yang berada dalam senarai akhir untuk skuad Perancis terlepas dua perlawanan pemanas badan ketika berdepan Norway dan Paraguay.

Bagaimanapun kecederaan belakang badan yang dialaminya ketika sesi latihan awal minggu ini mencetuskan keraguan, dan akhirnya Ribery mengesahkan tidak dapat turut serta dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Pemain tengah Clermont Grenier juga turut tercicir akibat kecederaan semasa latihan.

Ini bermakna tempat mereka akan digantikan dengan Morgan Schneiderlin dan Remy Cabella untuk skuad 23 pemain Perancis.