Kali pertama meraikan Aidilfitri di Johor Bahru, pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak menyifatkan sambutan Syawal kali ini paling sayu untuknya sekeluarga.
Namun, beliau akur tidak dapat pulang ke kampungnya di Seremban untuk meraikan Hari Raya bersama ibu tersayang kerana mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan keluarga ketika negara dilanda wabak COVID-19 yang belum berakhir.
Menurut Aidil Zafuan, sambutan Aidilfitri di Johor Bahru mungkin tidak sama seperti tahun sebelumnya, tetapi bersyukur kerana isteri dan anak-anak ada bersamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Persiapan raya kali ini sangat berbeza. Kebiasaannya memang saya balik kampung jumpa ibu dan ibu mertua saya, tetapi dengan keadaan wabak berbahaya sekarang ini, saya tidak mahu ambil risiko membahayakan kesihatan ahli keluarga yang lain.
"Saya pun ada anak-anak yang masih kecil dan di kampung ada ramai orang tua yang berisiko tinggi terkena jangkitan, jadi saya buat keputusan untuk beraya di sini sahaja walau sebenarnya rindu sangat hendak balik jumpa ibu," katanya dalam satu kenyataan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Jumaat.
Mengulas mengenai perjalanan Liga Malaysia (Liga-M), seperti pemain lain, Aidil Zafuan juga menginginkan agar saingan kembali bersambung selain mengharapkan pandemik COVID-19 segera berakhir.
Berdasarkan format Liga-M yang diubah oleh MFL, pemain berusia 33 tahun ini menganggap keputusan meneruskan baki tujuh perlawanan pada September depan adalah sesuai dalam situasi ketika ini.
Katanya, semua pasukan memerlukan perlawanan kompetitif, lebih-lebih lagi skuad Harimau Malaya yang perlu bersedia untuk menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
"Untuk saya, kalau kita tengok daripada segi masa, memang inilah format paling sesuai untuk liga dan semua tahu kita sudah kesuntukan masa kerana hanya empat sahaja perlawanan sempat dijalankan pada awal musim.
"Tambahan lagi MFL sudah membatalkan Piala FA, dan kita hanya ada Piala Malaysia yang perlu diteruskan selain skuad kebangsaan juga ada misi tersendiri. Memang ini sahaja pilihan kita ada untuk liga kembali bersambung dan ia lebih baik daripada kita langsung tidak dapat bermain pada musim ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 22 2020
Menurut Aidil Zafuan, sambutan Aidilfitri di Johor Bahru mungkin tidak sama seperti tahun sebelumnya, tetapi bersyukur kerana isteri dan anak-anak ada bersamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Bernama
Polis tumpas dua sindiket, rampas dadah bernilai hampir RM800,000
Dua sindiket pengedaran dadah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Petaling Jaya tumpas apabila lima lelaki ditahan dan lebih 32 kilogram (kg) pelbagai dadah bernilai hampir RM800,000 dirampas pada 1 dan 4 Mei lepas.
Nenek 75 tahun antara empat ditahan
Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita warga emas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.32 juta dalam serbuan berkaitan kegiatan sindiket pengedaran dan pembungkusan dadah di sebuah rumah atas air di sekitar kawasan Pontian pada 4 Mei lepas.
Gagal hantar Black Hawk, MINDEF pertimbang batal
Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mempertimbangkan untuk membatalkan atau membuka semula tender ekoran kelewatan penghantaran pertama helikopter Black Hawk sekiranya kontraktor sedia ada masih gagal membuat penghantaran seperti dalam perjanjian.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Aidil Zafuan kongsi perancangan masa depan di JDT selepas julang gelaran Liga Super ke-10
Pemain berusia 35 tahun itu menegaskan dia masih mempunyai baki kontrak setahun dan sedia untuk kekal berkhidmat bersama JDT.
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.
Aidil Zafuan sedia kongsi pengalaman dengan pemain muda
Aidil kagum dengan corak permainan berkualiti tinggi dimiliki beberapa pemain muda seperti Luqman Hakim Shamsudin yang kini bersama kelab Belgium iaitu K.V. Kortrijk.
Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan
Kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin, suntikan berkenaan juga mampu menghilangkan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, yang masih melanda dunia ketika ini.
Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.
Rindu ibu, tapi kesihatan lebih penting - Aidil Zafuan
Pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak menyifatkan sambutan Syawal kali ini paling sayu untuknya sekeluarga.
Pemain Harimau Malaya seru rakyat Malaysia agar duduk di rumah
Masih ada segelintir masyarakat Malaysia yang masih ingkar dengan arahan tersebut.
Harimau Malaya: Ngauman kata-kata semangat sebelum perlawanan
Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama
Zaquan ketepi sementara ikatan saudara dengan Aidil
Penyerang Kedah, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan mengetepikan sementara ikatan adik beradik dengan pasangan kembarnya, Aidil Zafuan Abdul Razak yang mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT).
'Ibu bingung nak pilih Aidil atau Zaquan'
Pastinya peminat bola sepak memberi tumpuan buat pasangan kembar bola sepak iaitu Aidil Zafuan dan juga Zaquan Adha Abdul Radzak.