Bapa kepada Goh V Shem, Ricky Goh memuji persembahan cemerlang ditampilkan anaknya dan Tan Wee Kiong walaupun tewas pada aksi final badminton beregu lelaki Sukan Olimpik Rio di Brazil, semalam.
V Shem-Wee Kiong kalah 21-16, 11-21 dan 21-23 kepada pasangan keempat dunia, Fu Haifeng-Zhang Nan dari China pada aksi final yang penuh mendebarkan.
"Kita tidak pernah jangka mereka akan raih pingat perak kerana saya dan isteri cuma beri nasihat kepada V Shem untuk pamerkan aksi terbaik...kalau dapat gangsa pun sudah bagus.
"Saya gembira kerana mereka bermain bermati-matian pada aksi final dan itu sudah cukup mengembirakan saya...siapa tidak mahu pingat emas tapi nasib mungkin tak ada pada mereka kali ini," kata Goh ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan final acara berkenaan, di sini pada Jumaat.
Goh berkata beliau serta isterinya, Ng Ley Kin serta sanak saudara akan menyambut kepulangan V Shem apabila skuad badminton negara kembali ke tanah air pada 24 Ogos ini, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
"Kita turut akan mengadakan jamuan besar-besaran bagi menghargai pencapaian beliau," katanya.
Goh turut mendedahkan hanya berhubung dengan anaknya menerusi aplikasi Whatsapp kerana tidak mahu mengganggu persediaan pemain berusia 27 tahun itu.
Bernama
Sat Aug 20 2016
Ibu dan bapa pemain beregu badminton negara Goh V Shem, Ng Ley Kim, 55 bersama Ricky Goh, 57, serta anggota keluarga bersemangat semasa menyaksikan perlawanan akhir secara lansung menentang beregu China. - Foto Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Low Juan Shen terima tawaran bergandingan bersama V Shem
Juan Shen berkongsi soal perbincangan hati ke hati bersama gandingan asal Azyrin Ayub apabila memilih haluan baru.
Goh V Shem sasar rebut tempat Piala Thomas di samping gandingan baru
Goh V Shem-Tan Wee Kiong ambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.
Terbuka Thailand: Enam wakil Malaysia melangkah ke suku akhir
Mereka merupakan antara enam wakil kem badminton Malaysia yang berjaya memasuki peringkat suku akhir kejohanan tersebut.
Masters Malaysia: Adik tewaskan abang
Aaron-Wooi Yik menyingkirkan senior mereka V Shem-Wee Kiong seawal pusingan pertama dengan keputusan 21-19, 21-18 menerusi aksi yang lebih baik dan kurang melakukan kesilapan.
Tidak akan menyerah kalah - V Shem
V Shem berkata sebelum tarikh tutup itu, mereka masih lagi berpeluang dan akan berjuang bermati-matian bagi mengutip sebanyak mungkin mata kelayakan walaupun menyedari saingan semakin sengit.
Pasangan profesional negara mara ke separuh akhir
Pasangan yang menduduki ranking ke-15 dunia dengan bergaya menundukkan bekas pasangan nombor 1 dunia Lee Yong Dae-Kim Gi Jung dari Korea Selatan dalam aksi suku akhir yang berlangsung 37 minit.
Dua wakil negara mara ke separuh akhir Terbuka New Zealand
Goh V Shem-Tan Wee Kiong mencipta kejutan mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand.
Terbuka Malaysia: V Shem-Wee Kiong tepati ramalan
V Shem-Wee Kiong mengikut jejak langkah Andrew Chooi Kah Ming dan Low Juan Shen yang terdahulu menyingkirkan pasangan ranking ke-11 dunia dari China, He Jiting-Tan Qiang.
V Shem-Wee Kiong terkandas di suku akhir
Pada perlawanan yang berlangsung selama 39 minit itu, gandingan negara terpaksa akur kepada ketangkasan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto; 20-22, 12-21.