KUALA LUMPUR: Sejumlah RM6.9 juta diluluskan untuk disalurkan bagi memenuhi segala permintaan atlet di bawah program Road To Gold (RTG), menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa RTG berkata jumlah peruntukan berkenaan diluluskan hari ini oleh mesyuarat kedua Jawatankuasa RTG.
"Untuk sekarang, program bagi kumpulan kali ini, dana mencukupi, kalau ada penambahan atlet, dana akan bertambah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan, di sini hari ini.
Hannah berkata mesyuarat itu turut meluluskan elaun khas RTG sebanyak RM3,000 sebulan seorang kepada atlet di bawah program berkenaan yang dibentuk sebagai persiapan atlet ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam perkembangan lain, Koordinator program RTG Datuk Stuart Ramalingam berkata jawatankuasanya bersetuju melunaskan segala permintaan yang dipohon jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizuhasni Awang.
"Kami akan beri sebanyak sokongan yang boleh diberi, RTG telah melihat segala keperluannya dan segala perkara yang diminta...(Ia termasuk) permintaan domestik," katanya.
Mohd Azizulhasni sebelum ini dilaporkan telah meluahkan rasa kecewanya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) yang gagal menyediakan sistem sokongan lengkap di sini sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Juara Dunia Berbasikal Trek Keirin 2017 itu berkata beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan MSN dalam tempoh setahun sebelum beliau kembali ke tanah air daripada pangkalan latihan di Melbourne, Australia, namun sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

Hannah berkata jumlah peruntukan berkenaan diluluskan hari ini oleh mesyuarat kedua Jawatankuasa RTG. - Gambar fail/Bernama

Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.

Pasha minta peminat cadang nama penyanyi baharu untuk kolaborasi
Agak-agak penyanyi wanita mana yang anda mahu lihat nyanyi bersama Ungu di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur?

Rosak kereta di Stadium MBPJ, tujuh lelaki didenda RM2,000
Tujuh lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana berhimpun secara salah dan merosakkan sebuah kereta di parkir Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.
Bila internet laju, hiburan lagi padu!
Dah ada Astro kan? Berita baik untuk pelanggan Astro. Dapatkan Astro Fibre kelajuan 500MMbps hanya RM90 je sebulan! Lagi best, harga tu tetap selama 24 bulan tau!
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Pecutan akhir kempen PRK Kemaman
Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali memberi pandangan mengenai pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Kemaman.
Lelaki mengaku bersalah abaikan empat anak
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan mengabaikan empat anaknya.
Gaji minima perlu diteruskan seiring pelaksanaan dasar gaji progresif - Pakar
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan penguatkuasaan gaji minimum perlu diteruskan seiring pelaksanaan gaji progresif.
Pengganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar lebih 10kg dadah
Seorang pengganggur Lee Chi Wan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat lebih 10 kilogram 18 November lepas.
Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.
#IsraelCuak
#IsraelCuak

Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Malaysia tekad kibar Jalur Gemilang di Kejohanan Dunia Pelayaran
Pasukan SSL Malaysia akan beraksi di Pusingan Akhir Piala Emas Star Sailors League (SSL) di Gran Canaria, Sepanyol, November ini.

KBS salur RM100,000 kepada PGNT perkasa gimnastik di Terengganu
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menyalurkan bantuan RM100,000 kepada Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT) bagi membangunkan sukan gimnastik di negeri tersebut.

Bengkel kajian semula Sukan Asia 8 Nov - Hannah Yeoh
Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan Bengkel Kajian Semula Prestasi Sukan Asia bersama pihak berkepentingan pada 8 Nov ini.

Sasaran 35 pingat tanpa warna di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou - MPM
Majlis Paralimpik Malaysia menetapkan keseluruhan 35 pingat bagi kontinjen negara ke Sukan Para Asia Hangzhou 2022, China, minggu depan.

Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).

MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.

Pencapaian di Chengdu diharap buka mata MSN, NSA hantar atlet terbaik
Kejayaan menamatkan penantian 38 tahun untuk emas sulung negara harus menyedarkan NSA dan MSN mengenai keperluan menghantar atlet terbaik.

Sukan Asia: Senarai pemain ragbi dimuktamad awal September
Senarai pemain pasukan ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan yang bakal membawa cabaran negara pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, akan dimuktamadkan awal September.

MSN kecewa prestasi skuad terjun di Fukuoka
MSN ternyata kecewa dengan prestasi keseluruhan skuad terjun negara pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun, baru-baru ini.