awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka

Astro Arena
Astro Arena
29/12/2025
00:00 MYT
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
SUBRAMANIAM: Saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan bukan kerana berbeza pendapat, tetapi amat sukar buat saya dan jurulatih Devan untuk bekerja dalam situasi yang cukup sempit ini. - Foto Astro ARENA
HANYA beberapa jam selepas K Devan meninggalkan jawatan ketua jurulatih Melaka, langkah itu dituruti penolongnya, S. Subramaniam.
Subramaniam menggalas tugas mengemudi Melaka dalam perlawanan Liga Super bertemu Selangor di Stadium MBPJ malam tadi, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Devan.
Bagaimanapun, selepas tewas 0-3 dalam perlawanan berkenaan, bekas pertahanan negara itu mengumumkan peletakan jawatannya secara serta-merta.
"Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden (Melaka FC), Datuk Nur Azmi (Ahmad), kerana memberikan saya peluang bekerja selama setahun dan 10 bulan ini," katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan bukan kerana berbeza pendapat, tetapi amat sukar buat saya dan jurulatih Devan untuk bekerja dalam situasi yang cukup sempit ini.
"Kesukaran yang dihadapi, dengan pemain import yang tidak cukup setiap kali ada kecederaan, ia membantutkan daya saing pemain dalam perlawanan dan pasukan."
Topic Berkaitan
#S Subramaniam
#ketua jurulatih
#Melaka FC
#K Devan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan