awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldinho dibenar ikat jamin, jalani tahanan di rumah

Bernama
Bernama
08/04/2020
04:36 MYT
Ronaldinho dibenar ikat jamin, jalani tahanan di rumah
Ronaldinho ketika tiba di Hotel Palmaroga, Asuncion, Paraguay, 7 Apr, 2020. (Foto AP)
Hakim sebuah mahkamah di Paraguay membenarkan permohonan bekas bintang bola sepak Brazil Ronaldinho untuk menjalani tahanan di rumah, kata pendakwa pada Selasa.
Menurut agensi berita Xinhua, Ronaldinho dan abangnya Roberto Assis, ditahan di penjara di Asuncion sejak 6 Mac lalu kerana menggunakan pasport palsu.
Dua beradik itu akan dipindahkan ke sebuah hotel di Asuncion selepas bersetuju membayar wang jaminan berjumlah US$1.6 juta. Sebelum ini, hakim telah menolak tiga permohonan untuk ikat jamin.
Mereka akan menginap di Hotel Palmaroga sementara menunggu pihak berkuasa menyiasat kes itu, lapor Brazil Globo Esporte.
Ronaldinho dan Assis pergi ke Paraguay pada 4 Mac untuk menyertai acara kebajikan kanak-kanak dan mempromosi buku baharu.
BACA: Ronaldinho berdepan tuduhan palsu dokumen
Pasangan itu kemudiannya ditahan apabila pihak berkuasa menyedari mereka memasuki negara itu menggunakan pasport palsu.
Mereka menafikan sebarang salah laku dan berkata, mereka diberikan dokumen perjalanan itu sebagai hadiah, ketika di lapangan terbang antarabangsa Asuncion.
Ronaldinho bersara daripada dunia bola sepak pada 2018 selepas menempa nama sebagai pemain bola sepak handal di beberapa kelab terkemuka dunia antaranya Gremio, Paris Saint-Germain, Barcelona, Milan dan Atletico Mineiro.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asuncion
#barcelona
#bola sepak
#Brazil
#hakim
#Hotel Palmaroga
#mahkamah
#Paris
#penjara
#Ronaldinho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan