Cristiano Ronaldo mengetuai pasukan Portugal untuk mara ke akhir buat kali kedua dalam kejohanan utama Eropah, sekaligus melenyapkan impian Wales untuk mencipta sejarah ke final buat kali pertama.
Bintang Real Madrid itu menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi gol untuk membantu pasukannya menang 2-0 ke atas Wales.
Bintang Real Madrid itu menanduk masuk gol pertama Portugal pada minit ke-50 sebelum rembatannya ditolak masuk rakan sepasukan, Nani.
Perlawanan yang disebut sebagai persaingan antara dua bintang Real Madrid, Ronaldo dan pemain termahal dunia, Gareth Bale ini bermula dengan hambar dalam babak pertama.
Wales banyak menguasai permainan namun Portugal kerap mempamerkan corak serangan yang pantas dan hampir di depan melalui cubaan Joao Mario yang tersasar pada minit ke-16.
Wales tanpa tonggak utama, Aaron Ramsey ternyata meletakkan sandaran sepenuhnya kepada Bale.
Pada minit ke-23, Bale membuat larian yang menarik mengatasi beberapa pemain lawan namun rembatannya tepat kepada penjaga gol Portugal, Rui Patricio.
Seminit sebelum babak pertama tamat, Ronaldo pula terlepas peluang untuk meletakkan pasukannya di depan apabila tandukannya tersasar, walaupun menerima hantaran cantik daripada Adrien Silva.
Permainan lebih rancak dalam babak kedua apabila Ronaldo memecah kebuntuan 5 minit selepas permainan bersambung.
Ronaldo menanduk masuk hantaran Raphael Guerreiro hasil daripada percaturan sepakan sudut.
Kurang 3 minit selepas jaringan itu, Nani menggandakan jaringan Portugal selepas menolak masuk rembatan Ronaldo dari luar kotak penalti.
Wales cuba untuk menembusi pertahanan Portugal dengan membawa masuk Sam Vokes, Simon Church dan Jonathan Williams namun percaturan itu tidak menjadi.
Terdesak, Bale membuat dua percubaan dari luar kotak penalti namun kedua-dua sepakannya itu gagal menewaskan Patricio.
Perlawanan memihak kepada Portugal yang menanti juara dunia, Jerman ataupun tuan rumah Perancis di final.
Ini merupakan kali kedua Portugal mara ke perlawanan akhir sejak tewas kepada Greece pada 2004.
Portugal terkandas di separuh akhir 2012 kepada Sepanyol yang muncul juara pada kejohanan Eropah tahun itu.
Ian Johan Ariff
Wed Jul 06 2016
Ronaldo julang Portugal ke final. Gambar - AFP.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Ronaldo julang Portugal ke final
Ronaldo ketuai Portugal untuk mara ke final buat kali kedua dalam kejohanan Eropah, sekaligus melenyapkan impian Wales untuk cipta sejarah mara ke final buat kali pertama.
Bale lakar rekod baru
Bale mungkin pemain termahal dunia, tetapi Ronaldo tetap dilihat sebagai antara pemain paling berpengaruh di Real dan juga ketika di bilik persalinan pemain skuad Galacticos.