awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rooney mahu akhiri karier bersama England selepas Piala Dunia 2018

Agensi
Agensi
30/08/2016
13:07 MYT
Rooney mahu akhiri karier bersama England selepas Piala Dunia 2018
ROONEY: Ini muktamad, Rusia adalah kejohanan terakhir saya.
Kapten England Wayne Rooney pada Selasa mengumumkan bahawa kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia merupakan medan terakhirnya sebelum bersara sebagai pemain bola sepak antarabangsa.
“Secara realistik, saya sendiri tahu bahawa Rusia akan menjadi peluang terakhir untuk bersama England,” kata Rooney dalam sebuah sidang media di St George's Park di Burton, England.
"Ini muktamad, Rusia adalah kejohanan terakhir saya.”
Pengurus New England, Sam Allardyce pada Isnin mengumumkan, Rooney, 30, akan tetap menggalas tanggungjawab sebagai kapten pada kempen kelayakan Piala Dunia, yang akan bermula di Slovakia pada Ahad.
Penyerang Manchester United itu akan beraksi buat kali ke-116 bersama England di Trnava, lantas melepasi rekod aksi kemunculan antarabangsa David Beckham.
Menjadi kapten sejak Ogos 2014, Rooney juga merupakan penjaring terbanyak untuk skuad England dengan 53 gol.
Namun dalam penyertaan enam kejohanan besar bersama England, dia tidak pernah membawa skuadnya melepasi peringkat suku akhir.
England terkandas dalam kelayakan kumpulan sewaktu Piala Dunia di Brazil dua tahun lalu, malah pernah dimalukan oleh pasukan bola sepak Iceland dalam kejohanan Euro 2016.
"Saya harap dapat mengakhiri peluang bersama England dengan sebaiknya. Saya pernah kata sebelum Euro, saya seronok bermain dengan pasukan ini, dan masih berasa sedemikian,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#aksi peringkat antarabangsa
#bersara
#England
#Piala Dunia
#Wayne Rooney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan