Tumpuan kini terarah kepada penyandang gelaran juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi.
Kelibat Rossi pada sesi latihan bebas di litar antarabangsa Sepang pada Selasa, mencuri tumpuan ramai.
Rossi mempamer corak tunggangan yang lebih kemas dengan jentera yang yang tampak lebih mantap pada musim ini.
Pelumba kelahiran Tavullia, Itali itu akan bergandingan dengan juara bertahan, Jorge Lorenzo dalam pasukan Yamaha Factory Racing.
Ia sekaligus memberikan tentangan kepada pasukan Honda Repsol yang sering mendominasi saingan motogp sebelum ini.
Beraksi pada usia 33 tahun, Rossi turut meletakkan sasaran melengkap gelaran kesepuluh bagi tahun ini.
Kali terakhir pelumba yang terkenal dengan gelaran ‘The Doctor’ ini meraih kedudukan juara dunia adalah pada 2009 adalah ketika bersama Yamaha.
Turut sama menjalani latihan pada Selasa ialah Lorenzo, Dani Pedrosa, Mark Marquez dan Nicky Hayden.
Astro Awani
Tue Feb 05 2013
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Rossi tampil dengan jentera MotoGP mantap
Valentino Rossi mempamerkan corak tunggangan yang lebih kemas di Sepang dengan jentera yang tampak lebih mantap musim ini.