UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Rusia penjara bintang NBA wanita tujuh tahun seludup minyak kanabis

Griner dijatuhi hukuman sembilan tahun di penjara Rusia, awal pagi tadi.

Astro Arena
Fri Aug 05 2022
Rusia penjara bintang NBA wanita tujuh tahun seludup minyak kanabis
Hakim menolak permohonan maaf dan rayuan Griner untuk diberi kelonggaran.- Stadium Astro
BINTANG NBA wanita (WNBA), Brittney Griner, didapati bersalah memiliki dan penyeludupan dadah dengan niat jenayah dan dijatuhi hukuman sembilan tahun di penjara Rusia, awal pagi tadi.
 
Hakim, Anna Sotnikova, segera mencapai keputusannya termasuk denda 1 juta rubel (RM73.961) apabila menolak permohonan maaf dan rayuan Griner untuk diberi kelonggaran kerana membawa kurang daripada satu gram minyak kanabis ke negara itu, lebih lima bulan lalu.
 
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menggelar hukuman itu langsung tidak boleh diterima.
 
Walaupun perang di Ukraine terus menimbulkan ketegangan di antara Kerajaan AS dan Moscow, Jabatan Negara AS dijangka melakukan rundingan menerusi pertukaran tahanan dengan Rusia, dan sabitan itu diperlukan sebelum proses mengatur pertukaran boleh dimulakan.

Pemain All-Star lapan kali bersama Phoenix Mercury itu dianggap sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah NBA wanita.

Griner yang berusia 31 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo Moscow pada 17 Februari lalu kerana membawa kartrij vape yang mengandungi minyak kanabis di dalam bagasinya ketika kembali melawat Rusia memandangkan pernah beraksi di sana pada 2014 ketika di luar musim NBA.
 
Pada 7 Julai lalu, peguamnya berhujah bahawa Griner menggunakan ganja untuk tujuan perubatan bagi merawat kesakitan kronik yang dialami sepanjang kerjayanya.
 
Pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik itu berkata dia secara tidak sengaja telah membungkus kartrij tersebut selain tidak menyedari minyak ganja diharamkan di Rusia. - Stadium Astro

#Brittney Griner#NBA Rusia#bola keranjang#penjara
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan

Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan

Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan

Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan

Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi

Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi

Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh

Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh

Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat

Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat

Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin

Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin

Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.

WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat

WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat

Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat

WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat

Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
AS berjaya bawa pulang Brittney Griner, pertukaran banduan dengan 'Saudagar Kematian'

AS berjaya bawa pulang Brittney Griner, pertukaran banduan dengan 'Saudagar Kematian'

Ia sebagai pertukaran dengan pembebasan pedagang senjata Rusia, Viktor Bout selepas melalui proses rundingan yang agak tegang sebelum ini.